Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.kés.tra] | اورکيسترا

Definisi : (orkéstra) pasukan pancaragam yg besar bilangan ahli muziknya dan sesuatu jenis alat muzik (terutama biola, trompet, sakso­fon, dsb) dimainkan oleh beberapa orang pemuzik dgn seorang memimpin pasukan ini: O~ RTM; ~ simfoni orkestra yg mempersem­bahkan atau memainkan simfoni; mengorkestrakan mempersembahkan atau menggubah (lagu atau muzik) utk orkestra: dia ~ beberapa buah lagu rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.kés.tra] | اورکيسترا

Definisi : /orkéstra/ pasukan pancara­gam yg besar bilangan pemain muzik­nya dan mereka memainkan sesuatu jenis alat muzik (spt seksofon, biola) beramai-ramai dgn pimpinan seorang konduktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orkestra (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan orkes, pancaragam, kugiran, duet, trio, kuartet, kuintet, oktet, septet, sekstet.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chamber orchestraorkestra kamarMuzikTiada

 Orkestra saiz kecil yang melibatkan lebih kurang 25 orang pemuzik. Alat utama yang digunakan dalam orkestra kamar Zaman Barok ialah alat tali dan tiupan. Orkestra kamar pada abad ke-18 dan abad ke-19 juga merangkumi alat bras dan secara beransur-ansur menggunakan alat genderang.

sinfoniettasinfoniettaMuzikTiada

Simfoni pendek yang biasanya dicipta khas untuk sebuah orkestra kecil atau orkestra kamar.

orchestraorkestraMuzikTiada

 1. Sekumpulan pemuzik yang mempersembahkan sebuah karya yang melibatkan pelbagai alat muzik. Contohnya, orkestra gamelan dan orkestra Barat.

2.Orkestra simfoni Barat yang mengandungi empat bahagian alat muzik utama, iaitu alat tali, alat tiupan, bras dan genderang. Sebuah orkestra mempersembahkan karya simfoni dan karya orkestra yang lain seperti puisi ton, konserto dan opera. Orkestra diketuai seorang pemain violin pertama yang mahir dan dipimpin oleh seorang pemimpin orkestra.

string orchestraorkestra alat taliKesenianTiadaOrkestra yang sebilangan besarnya dianggotai oleh alat tali.
orchestral scoreanggitan orkestraKomunikasiTiadaGubahan muzik orkestra yang dipersembahkan untuk memenuhi keperluan tema sesebuah pertunjukan.
Malay orchestraorkestra MelayuMuzikTiada

 Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkes­tra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret.

overtureoverturKesenianTiada1. Muzik orkestra sebagai prasembah kepada opera atau oratorio. 2. Muzik orkestra dalam satu gerakan.
concert masterketua konsertKesenianTiada1. Pemain violin utama untuk kumpulan violin pertama dalam orkestra. 2. Di Amerika Syarikat dikenali sebagai pemimpin orkestra.
huayue tuanhuayue tuanMuzikTiada

 Orkestra Cina moden yang wujud pada tahun 1930-an di China. Orkestra ini merupakan sintesis antara muzik dengan alat mu­zik dari China dan Barat. Sistem tiunan berasaskan skel pentatonik Cina. Susunan orkestra ini mengikut kedudukan orkestra Barat yang dipimpin oleh seorang konduktor. Pemuzik bermain mengikut skor muzik serta karya muzik menggunakan sistem harmoni Barat. Orkestra ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1960-an dan alat yang digunakan terdiri daripada alat bertali yang digesek, dipetik, dipukul, genderang dan alat tiupan. Contohnya, erhu, pipa, dizi, yueh qin, ruan, liuyue qin, yang qin, suona, sheng dan gu.

triple concertokonserto tripelMuzikTiada

 Konserto yang dihasilkan untuk tiga buah alat solo dengan orkestra. Contohnya, Triple Concerto, C major, Op. 56 (1805) oleh Beethoven untuk violin solo, celo solo, piano dan orkestra.

12345678910...

Kembali ke atas