Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.kid] | اورکيد

Definisi : 1. tumbuhan daratan atau epifit dr famili Orchidaceae yg bunganya berwarna terang dan cantik, anggerik; 2. bunga dr tumbuhan 1. di atas, anggerik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.kid] | اورکيد

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau bunganya, spt Vanda spp.; Arundina spp.; anggerik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata orkid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orchid houserumah orkidLandskapTiadaStruktur untuk menyimpan dan menyelenggara tanaman orkid.
pseudobulbbebawang semuPertanianAgronomi

Organ penyimpan makanan pada batang pokok antara dua buku. Bebawang semu terdapat khusus pada tumbuhan daripada famili orkid (Orchidaceae), terutamanya jenis epifit, iaitu pemanjat pokok.  Pada sesetengah spesies orkid, bebawang semu kelihatan seperti batang biasa tanpa bengkak tetapi spesies orkid seperti Bulbophyllum mempunyai bebawang semu yang jelas berbentuk bulat dan bengkak dengan daun di atas dan bawahnya. Bebawang semu boleh digunakan untuk membiakkan orkid.

epiphytic orchidorkid epifitPertanianTiadaTiada
terrestrial orchidorkid daratanPertanianTiadaTiada
climbing orchidorkid panjatPertanianTiadaTiada
orchinolorkinolBiologiMikologiBahan antikulat yang dihasilkan oleh ubi spesies anggerik (orkid) tertentu, misalnya Orchitis militaris, sebagai gerak balas terhadap jangkitan kulat parasit atau kuat mikoriza.
planktonicplanktonikBiologiEkologiBerkaitan dengan sesuatu yang terapung-apung, misalnya biji benih orkid yang sangat kecil dan ringan.
tarum hiningkuna(Rgs.)tarum hiningkuna(Rgs.)KesenianTiadaCorak tenunan berunsur tumbuhan berbentuk bunga orkid.
ectocommensalektokomensalBiologiEkologiKomensal yang memperoleh makanan bukan daripada organisma yang satu lagi, misalnya sesetengah epifit, seperti orkid yang tumbuh di atas cabang pokok yang menggunakan pokok hanya sebagai tempat melekat. Epifit ini membuat makanan sendiri melalui fotosintesis, tanpa merosakkan perumah. Lihat juga endokomensal.
labellumlabelumBiologiHistologi dan Sitologi1. Petal yang terletak di sebelah bawah, walaupun secara morfologinya pada posterior bunga orkid. mesopetalum. 2. Staminoid sisi yang bercantum, seperti pada bunga famili Zingiberaceae. 3. Lobus kecil di bawah labrum atau palpus labium pada serangga. lobus probosis. 4. Struktur yang menyerupai sudu pada glosa lebah madu.
123

Kembali ke atas