Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kajian tentang burung, terutama aspek kelakuan, pengelasan, dan kawasan tempat tinggalnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ornitologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORNITOLOGI

Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia

termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan

burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan

ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia.

Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi

termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan

anak, pencarian makanan, penerbangan,

pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi

digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung,

dan rakaman dibuat tentang bunyi burung.

UMUM 
TAKAHE

Takahe ialah burung yang tidak boleh terbang

yang hanya hidup di New Zealand. Takahe

mempunyai bulu berwarna biru tua dan hijau buah

zaitun, paruh dan kaki yang tebal, berwarna merah.

Ia memakan biji-bijian dan batang tumbuhan yang

lembut. Ia membina sarang daripada rumput di atas

tanah dan melapiknya dengan daun. Lebih daripada

50 tahun lamanya ahli ornitologi percaya bahawa

takahe telah pupus. Tetapi pada tahun 1948, takahe

telah ditemui semula di Pulau Selatan di New

Zealand. Burung ini jarang-jarang ditemui.

Pengelasan saintifik. Takahe tergolong dalam famili

Rallidae. Ia adalah Porphyrio mantelli.

UMUM 

Kembali ke atas