Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.ta/] | اوتق

Definisi : 1. organ di bahagian atas kepala, yg me­ngawal pemikiran (perasaan), benak; 2. alat berfikir, fikiran: terlintas di ~ku keja­dian-kejadian ngeri itu; ~ ayam bodoh; ~ minyak pandai; ~ telur bodoh; ~ udang bodoh; kepala ~ bk sj ma­kian; kerja ~ kerja yg menggunakan fikiran; picik ~ sempit fikiran; ~ batu kepala sl kepala (dlm percakapan dgn raja dll); ~ telur, bukan ~ minyak prb perihal seorang yg bodoh; berotak 1. mempunyai fikiran, berakal, ber­fikiran: ia seorang yg ~; tidak ~ tidak ber­fikiran (berakal); 2. mempunyai otak: ~ geli­ga; ~ udang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : ; otak-otakan Jk suka berbuat yg bukan-bukan (supaya dikatakan berani dll), mengada-ngada, sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : ; ~ udang 1. sj tumbuhan (pokok), katak udang, pauh pipit, Buchanania lucida; 2. sj tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal, medang melukut, serapuh bukit, Norrisia malaccensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : 1 benda putih dan lembut dlm tengkorak yg menjadi pusat saraf; kumpulan saraf yg menjadi isi teng­korak. 2 daya berfikir; akal; fikiran: Orang itu sudah tidak siuman lagi ~nya. ~ cair cepat menangkap pelajaran dsb yg diajarkan; cerdik. ~ kering tidak berapa siuman; hampir-hampir gila. ~ udang bodoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : ; otak-otak lauk yg dibuat drpd ikan dll yg dibubuhi rempah, dibung­kus dgn daun pisang dan dipanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
otak (kata nama)
Bersinonim dengan fikiran, akal, benak, minda;,
Kata Terbitan : berotak,

Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brainotakPerubatanTiadaSebahagian daripada sistem saraf pusat yang terkandung di dalam rongga kranium. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu otak depan (serebrum), otak tengah (mesensefalon) dan otak belakang (serebelum, pons dan medula oblongata). Sin: ensefalon
brainstemtangkai otakVeterinarPraklinikalBahagian otak berbentuk tangkai yang menyambungkan hemisfera serebrum dengan korda spina. Tangkai otak ini terdiri daripada mesensefalon; pons dan medula oblongata. Diensefalon juga dianggap sebahagian daripada tangkai otak. Bahagian otak ini dikenali juga sebagai truncus encephalicus.
cerebral hypoxiahipoksia serebrumPerubatanTiadaKekurangan oksigen dalam serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak atau angin ahmar), hipotensi, pegun kardiopulmonari dan kekurangan oksigen dalam darah.
cerebral ischaemiaiskemia serebrumPerubatanTiadaKekurangan aliran darah ke serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial (akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak dan angin ahmar), hipotensi dan pegun kardiopulmonari. Lihat juga hipoksia serebrum.
ventricleventrikelBiologiHistologi dan SitologiRongga atau kebuk yang terdapat pada otak dan jantung. Pada otak terdapat empat ventrikel, iaitu ventrikel lateral (otak depan), ventrikel III (otak bawah), dan ventrikel IV posterior bawah.
blood-brain barriersekatan darah otakVeterinarPraklinikalLapisan sel separa telap yang terdiri daripada sel endotelium dalam kapilari sistem saraf pusat. Sekatan darah otak menghalang molekul besar; sel imun dan organisma asing seperti virus daripada memasuki otak dan korda spina. Sekatan darah otak mempunyai beberapa fungsi penting; iaitu melindungi otak daripada bahan asing yang terdapat dalam darah yang boleh mencederakan otak; melindungi otak daripada hormon dan neuropemancar; dan menyelenggara persekitaran malar untuk otak. Sinonim rintangan darah otak.
otak udangotak udangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Buchanania spp. daripada famali Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk lamak ketam dan rengas ayam, dan di Sabah termasuk kepala tundang dan kepala tundang tungkai pendek. Spesies utamanya ialah Buchanania arborescens dan B. sessifolia. Gubal kayu otak udang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap , dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu otak udang sesuai digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak mancis dan kotak kecil.
brain ischaemiaiskemia otakPerubatanTiadaKekurangan oksigen dalam otak disebabkan kekurangan bekalan atau terlebih keperluan oksigen. Kekurangan bekalan oksigen boleh disebabkan kenaikan tekanan intrakranium, hipotensi, embolisme otak dan trombosis saluran darah otak. Manakala terlebih keperluan oksigen dalam otak pula boleh disebabkan epilepsi dan hipertermia.
endorphinendorfinBiologiFisiologiKumpulan sebatian kimia bersifat seperti morfina yang terdapat di dalam otak terutama otak tengah dan kelenjar pituitari dan mempunyai pengaruh seperti morfina.
hemiphere of the brainhemisfera otakPsikologiPsikologi UmumPembahagian otak kepada kiri dan kanan. Kedua-dua belah otak ini biasanya dipegang oleh tisu putih yang dikenali sebagai korpus kolusum. Hemisfera kiri mengawal anggota badan di sebelah kanan badan. Contohnya, pesakit strok yang lumpuh di sebelah hemisfera kiri badannya akan mengalami kerosakan otak di sebelah kanan. Eksperimen yang dilakukan terhadap pesakit epilepsi yang dibuang korpus kolusumnya menunjukkan bahawa otak di sebelah kiri terlibat dalam aktiviti seperti bertutur dengan baik, perbendaharaan kata, menulis, mengira dan mengawal gerakan yang kompleks. Sementara, hemisfera kanan pula terlibat dalam aktiviti seperti kemahiran persepsi, pemvisualan, pengecaman pola, paras rupa, melodi, tingkah laku bukan lisan dan pemahaman bahasa mudah.
12345678910...

Kembali ke atas