Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
otak (kata nama)
Bersinonim dengan fikiran, akal, benak, minda;,
Kata Terbitan : berotak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
croton oil poisoningkeracunan minyak krotonKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedaban kepada minyak kroton, iaitu minyak tak meruap yang diperoleh daripada biji Croton tiglium. Minyak ini merupakan perengsa dan katartiks yang kuat. Dos parah mungkin serendah 1 mL. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit, dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah turun, takikardia, koma, dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi ialah kesesakan dan perubahan degeneratif saluran gastrousus, hati, buah pinggang, dan otak.
savin oil poisoningkeracunan minyak savinKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan minyak savin, iaitu bahan yang digunakan sebagai antireumatik dan abortifasien. Bahan ini sangat merengsakan semua tisu. Tanda utama keracunan akut ialah muntah dan kegagalan peredaran darah. Gejala akibat pengingesan ialah pedih abdomen, loya dan muntah, cirit-birit, disuria, hematuria, tidak sedar, sesak nafas, dan konvulsi. Gejala akibat penyedutan ialah pening, pernafasan cetek yang cepat, takikardia, kerengsaan bronkus, dan tidak sedar atau konvulsi. Penemuan makmal menunjuk.kan air kencing mungkin mengandungi hemoglobin, sel darah merah, protein, kas, dan paras gula turun; anemia mungkin terjadi. Penemuan patologi dalam keskematian akibat pengingesan termasuk kemerosotan buah pinggang dan kesesakan teramat dan edema dalam paru-paru, otak dan mukosa gaster.
camphor poisoningkeracunan kamforKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak.

Kembali ke atas