Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
output (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan keluaran, barangan, hasil, tuaian, pungutan, tangkapan, pertahunan, panen;,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
outputoutput 1. hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komĀ­puter dlm bentuk cetakan atau plot grafik; mengoutput mengeluarkan data dr sesuatu (sumber dsb): data input dikawal, disemak, diproses dgn betul menurut tatacara yg diperlukan, dan dioutput dgn tepat; pengoutputan proses mengoutput sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
keadaan output(output state)1. Sifat atau status bahagian output peranti atau saluran pada sesuatu ketika. 2. Sifat data atau maklumat selepas pemprosesan selesai.Kamus Komputer
kemampuan output(output capability)1. Had unit beban yang dapat dipacu oleh bahagian output litar tanpa sebarang masalah. 2. Kemampuan pengeluaran sesuatu sistem.Kamus Komputer
output terus(direct output)1. Maklumat atau data output yang diperoleh secara langsung daripada saluran penghantaran atau peranti output tanpa bantuan orang tengah atau peranti lain. 2. Data pemprosesan yang diambil terus daripada pemprosesan yang sedang berlangsung, bukan daripada simpanan pita atau cakera. Singkatan DO.Kamus Komputer
modul output(output module)1. Bahagian dalam bungkusan perisian yang bertindak untuk mengelolakan pengeluaran hasil pemprosesan. 2. Peranti dalam peralatan yang mengendalikan pengeluaran.Kamus Komputer
kawasan output(output area)1. Kawasan dalam ingatan utama yang diperuntukkan bagi simpanan data yang akan dipindahkan ke peranti luar. 2. Tempat hasil pemproses keluar atau boleh didapati.Kamus Komputer
get TAK(NOT gate)Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK. Get ini hanya mempunyai satu input dan satu output. Output get ini merupakan songsangan nilai aras logik input. Jika input mempunyai aras logik 1, output akan menjadi 0 dan sebaliknya.Kamus Komputer
COM1. Singkatan bagi computer output microfilm. Lihat mikrofilem output komputer. 2. Singkatan bagi computer output microform, iaitu mikroborang output komputer. 3. Singkatan bagi computer onto microfiche, iaitu komputer ke mikrofis.Kamus Komputer
output data(data output)1. Data yang boleh dikeluarkan oleh peranti. 2. Data yang boleh didapati daripada peranti berunsur logik atau output saluran perhubungan berunsur logik.Kamus Komputer
input/output1. Teknik, bahantara, dan peranti yang berkaitan dengan pertukaran data antara mesin dengan manusia. 2. Merujuk kemudahan yang ada pada sesuatu sistem bagi tujuan input, output, atau kedua-duanya sekali. Singkatan I/O.Kamus Komputer
1234

Kembali ke atas