Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.va.ri] | اوۏاري

Definisi : (Bio) 1. salah satu drpd dua organ pem­biakan (pd perempuan dan binatang betina) yg mengeluarkan ovum dan hormon estrogen; 2. organ pembiakan pd tumbuhan betina yg mengeluarkan biji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.va.ri] | اوۏاري

Definisi : ist 1 organ pembiakan yg menge­luarkan ovum (pd orang perem­puan atau pd binatang betina). 2 organ pembiakan pd tumbuh-tumbuhan (yg di dlmnya terdapat ovul). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ovari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OVARI

Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang

organ seks wanita yang menyimpan dan

mengeluarkan telur. Ovari juga merembes

estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks

wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira-

kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak

di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen.

UMUM 
PROGESTERON

Progesteron ialah hormon yang dikeluarkan

terutamanya oleh ovari dan plasenta pada haiwan

betina dalam tempoh haiwan ini boleh melahirkan

anak. Sejumlah kecil hormon ini juga dikeluarkan

oleh kelenjar adrenal pada kedua-dua haiwan jantan

dan betina, dan oleh testes pada haiwan jantan.

UMUM 
DES

DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan

sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen

semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan

oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES

ialah singkatan nama kimia hormon tersebut,

diethylstilbestrol.

UMUM 
TIUB FALOPIO

Tiub Falopio , yang juga dinamakan salur ovum

atau salur tiub uterus adalah satu daripada

sepasang organ pembiakan perempuan tempat

telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio

ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma

lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem

pembiakan manusia; gambar).

UMUM 
TESTOSTERON

Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang

merangsangkan perkembangan jantina lelaki.

Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan

terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar

seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan

kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga

mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan

androgen.

UMUM 

Kembali ke atas