Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.ver.draf] | اوۏردرف

Definisi : 1. pengambilan wang dr bank yg me­lebihi simpanan di bank; 2. jumlah wang di­keluarkan dr bank yg melebihi simpanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.ver.draf] | اوۏردرف

Definisi : ist 1 (kemudahan) peng­gunaan wang dr bank yg melebihi jumlah simpanan. 2 jumlah wang yg dike­luarkan dr bank yg melebihi jumlah simpanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata overdraf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh Saya tahu, tranlasi atau pengunaan Bahasa Malaysia yang tepat untuk "Unsecured Overdraft facility" dalam istilah perbankan. Bantuan anda amat dihargai.Istilah bahasa Melayu untuk "unsecured overdraft facility" ialah kemudahan overdraf tanpa cagaran.Istilah10.05.2013
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009

Kembali ke atas