Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.bi.la] | ڤبيلا

Definisi : singkatan bagi apabila; barang ~ bila­-bila sahaja, sebarang waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pabila

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan pabila dan kerna boleh digunakan dalam ayat untuk membentuk ayat gramatis?Pabila ialah singkatan apabila dan boleh digunakan dalam ayat, tetapi kerna ialah bahasa Indonesia dan tidak digunakan dalam wacana rasmi.Tatabahasa07.10.2011
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?

1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja.

2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan.

Tatabahasa10.08.2011
Salam, apakah makna "seperti pahat dengan penukul" 1. orang yang hanya bekerja pabila disuruh, atau 2. bantu-membantu satu sama lain hal ini kerana timbul kekeliruan makna. sekian terima kasihSeperti pahat dengan penukul bermaksud satu sama lain bantu-membantu.

Tatabahasa05.04.2013

Kembali ke atas