Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~; asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah; berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~; berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak ber­lebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), luma­yan, sedang; memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja; memadakan 1. menjadikan pada, meng­anggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~ duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burung-burung sudah ~ resah menunggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada, kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Mudah jua pada yang ada,
     sukar jua pada yang tidak.

Bermaksud :

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

 

Lihat selanjutnya...(166)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantographpantografGeografiTiada1. Alat untuk menyalin peta atau melukis pada pada sebarang skala pengecilan atau pembesaran yang ditentukan terlebih dahulu.
pantographpantografGeologiTiada1. Alat untuk menyalin peta atau melukis pada pada sebarang skala pengecilan atau pembesaran yang ditentukan terlebih dahulu.
padi plantingmenanam padiGeografiTiadaPerihal kegiatan penanaman pada dari pada proses penyemaian hinggalah kepada penuaian.
crimperalat gilas pengecapKejuruteraanTiadaPengguling yang ada corak tertuang pada permukaannya, yang ditekan pada turapan asfalt yang masih panas, untuk menghasilkan tekstur tak gelincir pada pemukaan turapan itu.
dry iceais keringFizikTiada1. Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78oC pada tekanan atmosfera yang digunakan dalam penyejukan dan kejuruteraan. 2. Ais pada suhu di bawah takat beku.
dry iceais keringGeografiTiada1. Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78oC pada tekanan atmosfera yang digunakan dalam penyejukan dan kejuruteraan. 2. Ais pada suhu di bawah takat beku.
perturbation methodkaedah usikanGeografiTiadaIstilah meteorologi yang merujuk sebarang gangguan pada tahap kemantapan sebuah sistem terutamanya pada perubahan atau pecahan pada kitaran zon atmosfera.
analogueanalogFizikTiadaCiri-ciri pada organisma yang berbeza pada struktur dan evolusi, tetapi mempunyai fungsi yang sama.
analogueanalogGeografiTiadaCiri-ciri pada organisma yang berbeza pada struktur dan evolusi, tetapi mempunyai fungsi yang sama.
Ladinianusia LadinianGeologiTiadaUsia sejagat pada masa geologi pada kira-kira 240-230 juta tahun dahulu yang merupakan sebahagian daripada epok usia Trias Tengah.
12345678910...

Kembali ke atas