Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul. a. Merujuk pada Rajah 1... atau b. Merujuk kepada Rajah 1...Ayat yang betul ialah Merujuk pada Rajah 1.Tatabahasa29.10.2022
Assalamualaikum & selamat pagi, (Soalan saya pada 16/1/18 masih belum berjawab) Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. Kata tunggal bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Tatabahasa22.01.2018
adakah penggunaan perkataan "masing-masing" di dalam ayat ni betul?: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 masing-masing telah dibuat pada 3.1.2015 dan 8.1.2015.Penggunaan masing-masing dalam ayat tersebut tidak tepat. Ayat yang tepat: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 pada 3.1.2015 dan 8.1.2015.Tatabahasa01.10.2015
(Soalan pindaan daripada kiriman soalan terdahulu) Pihak syarikat ingin menggunakan logo 'Kinderland' dibangunan seperti yang dilampirkan pada mukasurat 1 dan ingin mendapatkan pengesahan & persetujuan penggunaan bahasa (kata nama khas) untuk papan tanda bagi tujuan pengesahan pihak berkuasa tempatan. Sila maklumkan keputusan/pengesahan dengan menghubungi saya di talian 03-56322663 atau email di alamat faizal@crestar.com.my. Perhatian oleh pihak tuan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Untuk makluman tuan, setiap paparan mestilah mengandungi keterangan dalam bahasa Melayu, "Kinderland" sebagai jenama tidak diubah, namun perlu masukkan keterangan seperti "PEJABAT URUSAN" di bahagian atas sebelah kiri.Lain-lain19.08.2015
Adakah ayat ini betul untuk penggunaan perkataan "di antara". Adakah ayat ini betul? Isikan tempat kosong pada jadual 1 berkenaan perbezaan di antara sistem gelung terbuka dan tertutup.Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Ayat yang betul ialah "Perbezaan antara sistem gelung terbuka dengan gelung tertutup".
Tatabahasa30.10.2022
Selamat sejahtera tuan/puan. Menurut Soalan Khidmat nasihat DBP pada 15/1/2008, 22/8/2014 dan 4/8/2016, "beta" boleh digunakan oleh raja dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Manakala, pada 30/11/2014, pihak tuan/puan menjawab soalan lain dengan jawapan "beta" hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja, tidak termasuk keluarga diraja. Pada 7/7/2015, pihak tuan/puan cadankan putera atau puteri boleh gunakan "beta". Jadi, saya ingin memastikan lagi, adakah "beta" boleh digunakan oleh permaisuri, puteri, puteri atau kerabat diraja? Kalau tidak, apa kata ganti nama diri pertama yang sesuai untuk permaisuri/puteri/puteri/kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah/ orang bawahan/rakyat/?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang awam. Oleh itu, kata ganti nama diri ‘beta’ sesuai digunakan untuk permaisuri, puteri dan kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

Tatabahasa26.10.2022
Saya sering keliru dengan pengendalian perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan Bahasa Melayu terutamanya dalam surat rasmi. Sekiranya saya perlu menulis sesuatu ayat seperti contohnya 1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies) pada 1.12020. ataupun 1a. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies-italic) Mana satu ayat yang betul? Ayat kedua 2. Saya telah menjalankan audit trail (italic) pada 1.1.2020 Mohon pandangan bagaimana menulis kata nama khas dalam Bahasa Inggeris ke dalam penulisan Bahasa Melayu? Adakah perlu dikurung dan dicondongkan dalam kurungan tersebut? Atau hanya dicondongkan tanpa kurungan?Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. Ayat yang betul seperti contoh yang diberikan ialah
1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama pada 1.1.2020
2. Saya telah menjalankan jejak audit pada 1.1.2020

Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.

Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa10.07.2020
Assalamualaikum, Mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan: Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ seperti yang ditunjukkan pada Contoh 1, manakala surat kepada orang awam hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’. Surat yang khusus kepada Ketua Agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah mendahulukan kata hormat dan gelaran kebesarannya seperti ‘YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’. Begitu juga bagi surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran kebesaran. Contoh 2 menunjukkan contoh panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran. Di sini timbul kekeliruan, sekiranya Gelaran Ketua Agensi itu seperti ‘Datuk Bandar’, adakah panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’ sebagaimana Contoh 3. Sekian, terima kasih.Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 1">
Lain-lain27.10.2016
Saya telah mendaftar untuk penggesahan bahasa dalam iklan tetapi masih belum dapat jawapan dan keputusan. Mohon pihak DBP segerakan keputusan dan email saya semula. Tajuk Permohonan : Rotiboy Syarikat : Vertex Pearl Excella Sdn Bhd No Pendaftaran : 1241/2017 Sekian Terima Kasih email : shasyaz77@gmail.comPermohonan puan telah diluluskan pada 11/1/2017Lain-lain09.01.2017
Bagaimanakah membina ayat 3 kosa kata ini? ‘mengabsahkan,mengabur,mengacak’

Contoh binaan ayat daripada kosa kata  “mengabsahkan”, “mengabur” dan “mengacak” adalah seperti yang berikut: 1). Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri  yang dihadiri oleh    Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pada 1 Mac 2020 di Istana Negara,  mengabsahkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Kelapan. 2). Penglihatan Mak Limah kianmengabur akibat penyakit kencing manis. 3). Bekerjalah dengan seikhlas hati, jangan mengacak dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan.


Tatabahasa08.01.2021
12345678910...

Kembali ke atas