Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reproductive phasefasa pembiakanVeterinarTiadaTempoh penghasilan telur oleh unggas untuk ditetaskan atau tempoh penghasilan anak bagi ternakan mamalia. Bagi ayam, tempoh pembiakannya ialah pada umur 20-65 minggu, kambing atau biri-biri pada umur 1-8 tahun dan lembu pada umur 1.5-12 tahun.
acre-footekar-kakiPertanianTiadaIstilah hidrologi yang menerangkan jumlah air yang diperlukan untuk melitupi satu ekar tanah pada kedalaman 1 kaki.
calorie (cal)kalori (kal)VeterinarTiadaKuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1° C pada tekanan 1 atmosfera. Satu kalori bersamaan dengan 4.184 joule.
base pairpasangan besKimiaTiadaDua heterosiklik asid nukleik, purina dan pirimidina yang bercantum melalui ikatan hidrogen pada kedudukan 1-6 bagi purina dan pada kedudukan 2-4 bagi pirimidina.
equivalent conductancekonduksian setaraKimiaTiadaKonduksian elektrik larutan yang mengandungi 1 berat gram-setara zat larutan pada kepekatan yang dinyatakan, disukat apabila dimasukkan di antara dua elektrod selari, pada jarak 1 meter di antara satu sama lain.
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
discrete multi-tone (DMT)multinada diskret (DMT)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi untuk menghantar isyarat video, data, imej atau suara dengan kelajuan melebihi 6 megabit per saat melalui wayar pasangan kuprum sedia ada dengan menggunakan pemproses isyarat digital. Teknologi ini menyediakan lapan saluran iaitu 4 saluran "A" pada kadar 1.5 juta bait per saat, satu saluran ISDN "H zero" pada kadar 384Kbps, satu saluran ISDN kadar asas, satu saluran isyarat/kawalan pada kadar 16Kbps, dan satu saluran pengendalian terbenam (embedded). Teknologi ini juga membenarkan pengguna telefon biasa menerima/membuat panggilan pada gandingan kuprum sedia ada tanpa mengganggu saluran penghantaran digital lain.
pruningpemangkasanPertanianAgronomi

Aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru.  Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi.  Selain, itu pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman.  Contohnya, pemangkasan  pokok buah-buahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru, dan pemangkasan pokok koko supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan pada aras 1.5 m bagi memudahkan pengeluaran dan pemungutan hasil.

production phasefasa pengeluaranVeterinarTiadaTempoh pengeluaran produk ternakan seperti penghasilan anak, susu dan telur yang mempunyai nilai ekonomi. Bagi ternakan seperti ayam penelur tempoh pengeluarannya ialah pada umur 20 hingga 65 minggu. Bagi ternakan lembu, tempoh pengeluarannya ialah pada umur 2 tahun hingga 10 tahun manakala bagi kambing dan biri-biri pula ialah pada umur 1 tahun hingga 7 tahun.
PCXPCXTeknologi MaklumatTiadaKependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE).
12345678910...

Kembali ke atas