Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada II 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Sdr. Ong,

Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv.

Tatabahasa08.04.2010
Berdasarkan kepada Merujuk kepada Berasakan kepada atau Berdasarkan pada Merujuk pada Berasaskan pada Kepada atau pada?1">

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama.1">

1"> 

Perkataan “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk (i)  manusia, (ii) haiwan, (iii) unsur mujarad, (iv) menyatakan pecahan dan (v) menyatakan perubahan keadaan.1">

1"> 

Contoh ayat:1">

i.              Sila kembalikan borang itu kepada kerana pejabat ini.1">

ii.             Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.1">

iii.            Pastikan  anak-anak anda tidak terdedah kepda bahaya dadah.1">

iv.            Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.1">

v.             Suhu badannya meningkat kepada 39oC.1">

1"> 

Perkataan “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterang waktu dan tempat. Contohnya:1">

i.              Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.1">

ii.             Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon.1">

1"> 

Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan “berdasarkan” dan “berasaskan” tidak perlu diikuti dengan “kepada” atau “pada”. Perkataan “berasaskan” dan “berdasarkan” merupakan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap (kata nama). Sebagai contohnya berdasarkan soalan, berasaskan pemikiran. 1">

1"> 

Merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara.  Contohnya merujuk perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara"  telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima.1">

Tatabahasa16.01.2017
Saya berjanji "pada", "kepada", "dengan" atau "terhadap" dia? Mohon berikan contoh untuk menunjukkan bezanya. Terima kasih.Salam sejahtera,

"Pada", "kepada", "dengan" dan "terhadap" merupakan kata sendi.

1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkanketerangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.

3. Kata sendi "dengan" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
Contoh: (i) Ayah pergi ke pecan dengan ibu.  (ii) Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.

4. Kata sendi "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.
Contoh: (I) Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. (ii) Air bersifat lengai terhadap logam adi.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.10.2017
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul.
2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian".
3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya".
4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah.
Tatabahasa19.04.2012
Terdapat 2 fenomena menarik berkaitan bahasa minggu ini. i. Pada 22 Februari 2014, TV3 mengadakan program "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur". Saya berpendapat mengikut tatabahasa yang betul sepatutnya. "ANUGERAH FESTIVAL DRAMA KUALA LUMPUR". ii. Pada 23 Februari 2014, tersiar dalam Berita Perdana di TV 1, RTM dan Berita Harian akan menyiarkan kembali rancangan `Mini Parlimen' yang popular pada era 1980-an. Mengikut hukum DM, sepatutnya 'PARLIMEN MINI'. Sekiranya berlaku ketidaktepatan atau kesilapan tatabahasa ini, apakah tindakan susulan Jabatan Pengembangan Bahasa DBP. Kalau tidak dibetulkan dengan SEGERA, pasti kesilapan ini akan berterusan dan menjadi contoh tidak baik kepada pengguna bahasa.Terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk memaklumkan kesilapan ini. Terima kasih sekali lagi.Lain-lain24.02.2014
Salam sejahtera, adalah pada konteks tertentu seperti diri seseorang, kata "pada" dan "kepada" boleh digunakan bersilih ganti? Sekian, terima kasih.1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. 
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.


Jadi, kata sendi "pada" dan "kepada" boleh digunakan pada manusia/orang mengikut situasi tertentu.
Tatabahasa16.05.2020
Salam tuan. Antara ayat (i) dan (ii), yang manakah gramatis? Soalan 1 (i) Saya pergi ke sana pagi tadi? ATAU (ii) Saya pergi ke sana pada waktu pagi tadi? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya pergi ke sana pagi tadi.”Tatabahasa17.03.2023
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.

 Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV.

Tatabahasa08.04.2010
Tuan, Terima kasih di atas respon yang diberi terhadap pertanyaan saya sebleum ini. Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran menerangkan kepada ahli mesyuarat saya tentang penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii). Mereka bertanya saya, "Kenapa perlu mulakan dengan huruf besar sedangkan sebenarnya setiap ayat tersebut adalah sambungan atau lanjutan daripada 'Murid akan dapat:'?". Harap tuan dapat membantu saya memberi penjelasan tentang perkara di atas. Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang benar, (Susilawati Ehsan) Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat.  

Contoh 1: (Ayat yang menggunakan tanda titik bertindih)

Murid akan mendapat:  

i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik

(ii) Membentuk ungkapan kuadratik

(iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik

 

Contoh 2: (Ayat yang menggunakan tanda koma bertitik)

Murid akan mendapat;

  i) mengenal pasti ungkapan kuadratik,

(ii) membentuk ungkapan kuadratik, dan 

(iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik.

Tatabahasa04.02.2010
12345678910...

Kembali ke atas