Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
PROGESTERON

Progesteron ialah hormon yang dikeluarkan

terutamanya oleh ovari dan plasenta pada haiwan

betina dalam tempoh haiwan ini boleh melahirkan

anak. Sejumlah kecil hormon ini juga dikeluarkan

oleh kelenjar adrenal pada kedua-dua haiwan jantan

dan betina, dan oleh testes pada haiwan jantan.

UMUM 
ESTROGEN

Estrogen ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan hormon yang sama dari segi

kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan

perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada

manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan

lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran

pembiakan wanita.

UMUM 
REMORA

Remora ialah ikan yang mempunyai penyedut di

atas kepalanya yang digunakan untuk melekatkan

dirinya pada haiwan laut yang lebih besar. Remora

hidup di laut panas hingga ke laut tropika.

Panjangnya kira-kira 15 sentimeter hingga 110

sentimeter.

UMUM 
EKOR

Ekor ialah bahagian badan haiwan vertebrat

yang menganjur ke belakang menjangkaui pelvis.

Pada haiwan tanpa anggota, ekor ialah bahagian

badan yang menganjur menjangkaui dubur.

UMUM 
OSMOSIS

Osmosis ialah pergerakan cecair dari satu larutan

ke dalam larutan lain melalui membran yang

memisahkannya. Proses ini perlu bagi kehidupan

benda hidup. Misalnya, tumbuhan menyerap

kebanyakan airnya melalui osmosis. Pada haiwan,

osmosis membantu mengawal aliran air di antara

bendalir badan dengan sel. Osmosis juga

mempunyai beberapa kegunaan industri, seperti

penulenan air dan pengawetan makanan.

UMUM 
METAMORFOSIS

Metamorfosis ialah perkataan Yunani yang

bermakna transformasi. Ahli biologi menggunakan

perkataan ini untuk menjelaskan perubahan nyata

pada bentuk dan rupa yang berlaku pada haiwan

peringkat rendah antara fasa pembesaran dengan

fasa dewasa.

UMUM 
SILIUM

Silium ialah struktur halus bak rambut yang

mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah

kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus

hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi

mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat

pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang

menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang

berombak dalam organ ini menolak keluar habuk,

bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya

bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air,

sel yang mengandungi silium mengipas air yang

mengandungi makanan dan oksigen ke dalam

haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu

mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ

deria dan sebagai cara bergerak.

Lihat juga Protozoa (Siliat).

UMUM 
DISTEMPER

Distemper ialah penyakit berjangkit pada anjing

dan haiwan-haiwan lain.

UMUM 
METABOLISME

Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang

membolehkan sel menghasilkan bahan dan

tenaga yang diperlukan untuk hidup.

Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) anabolisme

atau metabolisme membina, iaitu sel

menggabungkan molekul untuk membentuk bahan

organik baru, dan (2) katabolisme atau

metabolisme memusnah, iaitu sel menguraikan

molekul untuk mendapatkan tenaga dan

membebaskan haba. Semua organisma melakukan

kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara

khusus membincangkan metabolisme manusia,

tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan

peringkat tinggi.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas