Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pineal gland or bodykelenjar pinealBiologiHistologi dan SitologiKelenjar berupa bonjolan pada vesikel serebrum pertama yang mungkin berfungsi sebagai kelenjar endoktrin. Juga dikenal sebagai kelenjar perembes vasotosin (pada haiwan mamalia dan melatonin pada haiwan vertebrat rendah). Kelenjar ini, pada haiwan vertebrat rendah, kelihatan seperti mata tengah atau pineal, dan pada haiwan vertebrat tinggi kedudukannya terbenam di dalam tisu saraf, tetapi mungkin peka terhadap cahaya yang menelusi tengkorak. Pada beberapa jenis unggas, kelenjar ini berfungsi sebagai pengukur masa. konarium; serebrum epifisis; jasad pineal.
genital tracttrakus genitalVeterinarPraklinikalTrakus sistem pembiakan. Trakus genital bermula dari ovari hingga ke vulva pada haiwan betina. Manakala pada haiwan jantan pula; trakus ini bermula dari testis hingga ke meatus uretra luaran.
germ layerlapisan germaBiologiHistologi dan SitologiPeringkat awal lapisan sel terbeza. Pada haiwan triploblas, lapisan ini terbahagi tiga, iaitu ektoderma, mesoderma dan endoderma, manakala pada haiwan diploblas, lapisan mesoderma tidak wujud.
electroejaculationelektroejakulasiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu kaedah pengumpulan semen pada haiwan jantan yang mencapai kematangan seks. Elektroejakulasi melibatkan penggunaan arus elektrik bervoltan rendah untuk tujuan ereksi dan ejakulasi pada haiwan jantan.
gonadgonadPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOrgan dalaman haiwan yang menghasilkan sel pembiakan (gamet). Gonad pada haiwan betina ialah ovari dan pada haiwan jantan ialah testis.
genital tracttrakus genitalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOrgan yang terlibat dalam pembiakan. Trakus genital pada haiwan jantan merangkumi penis, testis, kelenjar aksesori dan pelbagai struktur tiub untuk mengangkut cecair dan sperma. Trakus genital pada haiwan betina merangkumi vulva, vagina, serviks, uterus, oviduk dan ovari.
caecumsekumVeterinarTiadaSatu bahagian berhujung buntu, terletak di persimpangan antara usus kecil dan kolon. Pada haiwan ruminan dan unggas, organ ini terbentuk dengan jelas dan berfungsi sebagai tempat pencernaan dan fermentasi bahan berserabut tinggi. Pada haiwan herbivor seperti kuda dan arnab, organ ini merupakan bahagian terbesar daripada keseluruhan saluran pencernaan. Pencernaan dalam organ ini kebanyakannya dilakukan oleh aktiviti mikroorganisma. Penyerapan asid lemak meruap dan vitamin, hasil dan aktiviti mikroorganisma tersebut berlaku di bahagian ini.
pubertypubertiVeterinarPraklinikalMasa apabila haiwan mula membebaskan sel germa matang yang menandakan organ pembiakan mula berfungsi. Puberti berlaku pada haiwan jantan apabila pancutan semen yang mengandungi sperma mencukupi untuk membuntingkan haiwan betina. Pada haiwan betina pula; permulaan puberti terjadi apabila berlakunya estrus pertama dan diiringi oleh pengovulan. Faktor yang mempengaruhi permulaan puberti termasuk iklim; aras pemakanan; pewarisan dan pembebasan hormon seperti gonadotrofin yang mencukupi.
pubertypubertiVeterinarTiadaMasa apabila haiwan mula membebaskan sel germa matang yang menandakan organ pembiakan mula berfungsi. Puberti berlaku pada haiwan jantan apabila pancutan semen yang mengandungi sperma mencukupi untuk membuntingkan haiwan betina. Pada haiwan betina pula, permulaan puberti terjadi apabila berlakunya estrus pertama dan diiringi oleh pengovulan. Faktor yang mempengaruhi permulaan puberti termasuk iklim, aras pemakanan, pewarisan dan pembebasan hormon seperti gonadotrofin yang mencukupi.
abnormal behaviourkelakuan abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAktiviti yang tidak mengikut kebiasaan dan berlaku pada haiwan disebabkan oleh perubahan fisiologi, persekitaran dan penyakit. Kelakuan abnormal berbeza antara spesies haiwan ternakan. Contoh kelakuan abnormal pada haiwan ternakan ialah kelakuan agresif yang melampau seperti membunuh anak atau meminum air kencing sendiri.
12345678910...

Kembali ke atas