Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat. mohon pencerahan 1. Adakah imbuhan di wajib diikuti oleh kata sendi oleh? Contoh: dicipta oleh.. 2. Ayat yang manakah yang betul? a) Permainan itu dicipta orang Melayu pada ketika itu. b) Permainan itu ciptaan orang Melayu pada ketika itu. Terima kasihUntuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + Frasa Nama yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh ayat Permainan itu dicipta orang Melayu pada ketika itu dan ayat Permainan itu ciptaan orang Melayu pada ketika itu merupakan ayat yang betul. Tatabahasa22.02.2021
Manakah yang betul? 1. Pada masa itu, saya sedang tidur. 2. Pada ketika itu, saya sedang tidur.Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa01.10.2013
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "berdarah putih bertulang tunggal" dalam ayat contoh ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.")Petikan tersebut terdapat dalam teks sastera. Penggunaan bahasa klasik dalam ayat iaitu berdarah putih bertulang tunggal bermaksud mempunyai darah putih dan tulang yang satu.Sastera20.08.2013
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "orang tuha-tuha" sila rujuk ayat contoh dalam kesusasteraan ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.")Tuha ialah perkataan dalam teks satera lama yang bermaksud tua. Maka frasa "anak orang tuha-tuha" bermaksud anak orang tua-tua.Makna17.06.2013
Bagaimakah ejaan asal 'masyarakat' Bahasa Melayu kuno atau di persuratan lama? Adakah ianya 'masharakat'? Saya mahu membuat pengesahan. Terima kasih.Perkataan "masyarakat" dipinjamkan daripada bahasa Arab. Sebelum tahun 1972, Malaysia menggunakan ejaan lama dalam mengeja masyarakat. Grafem yang digunakan pada ketika itu ialah "sh", grafem "sy" diperkenalkan pada tahun 1972. Ejaan tersebut ialah "masharakat".Lain-lain03.04.2019
apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu?Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa.Tatabahasa01.10.2012
Maaf, saya masih belum berpuas hati sebab saya temui penggunaan perkataan gambarajah satu perkataan dalam portal DPB (seperti dilampirkan). Adakah boleh digunakan pada hal-hal @ situasi tertentu. Jika boleh, bila?

Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk pengetahuan saudara, ejaan gambar rajah dalam portal DBP seperti yang dilampirkan ialah istilah lama dan pada ketika itu ejaan gambar rajah dieja rapat. Setelah sistem ejaan baru diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan.

Istilah12.12.2008
Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan?Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu

Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut:

dara دارا 1 
adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor
bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina.

Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu:

teruna ترونا  
adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar
utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak.




Lain-lain09.06.2021
Saya keliru tentang penggunaan istilah sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ini adalah kerana dalam kertas soalan UPSR tercatat Bahasa Melayu manakala dalam buku teks murid pula Bahasa Malaysia. Mengapakah tidak dikeluarkan surat pekeliling bagi menjelaskan perkara ini? Perlembagaan Persekutuan Perkara 152,  bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam akhbar bertarikh 5 Jun 2007, Timbalan Perdana Menteri (pada ketika itu) telah mengumumkan bahawa kabinet memutuskan untuk menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia dalam semua bidang dengan alasan untuk tujuan perpaduan. Sila rujuk akhbar Berita Harian bertarikh 5 Jun 2007.Lain-lain17.06.2009
Apakah perbezaan penggunaan kata-kata hubung seperti yang berikut, i) apabila ii) semasa iii) ketika iv) tatkala v) sewaktu vi) bilaUntuk makluman tuan, kata hubung apabila, semasa, ketika, tatkala dan sewaktu merupakan kata hubung keterangan waktu. Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu kejadian. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata hubung tersebut mempunyai makna yang hampir sama yang bererti pada ketika itu. Perkataan bila pula ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu yang mana.Tatabahasa04.04.2018
123456789

Kembali ke atas