Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG VIKING

Orang Viking merupakan kaum pelaut yang

bangkit untuk menguasai utara Eropah pada zaman

pertengahan. Sejarah cenderung menggambarkan

mereka sebagai pahlawan dan lanun bengis yang

mengganas di Eropah sejak akhir tahun 700-an

hingga kira-kira tahun 1100. Walau bagaimanapun,

pada ketika itu kelasi Viking yang berani juga

menjelajah Lautan Atlantik Utara malah hingga ke

Amerika. Tindakan rompakan di laut dan

penjelajahan mereka ini telah menyebabkan zaman

ini dinamakan Zaman Viking dalam sejarah Eropah.

Sungguhpun demikian, orang Viking juga

merupakan pelukis, pencerita dan juga penyair yang

mempunyai bakat semula jadi.

UMUM 
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
TUN JANA KHATIBTUN JANA KHATIB ( ? - ? ), tokoh dalam Sejarah Melayu.  Peninggalan asalnya ialah Tun Jana Khatib.  Dia adalah seorang ulama yang berasal dari tanah Arab dan telah datang ke Pasai bersama-sama tiga orang sahabatnya untuk berdagang dan menjalankan dakwah Islamiah.  Dia kemudiannya pergi ke Singapura yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Paduka Seri Maharaja.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 
OTHMAN KALAM

OTHMAN KALAM (    ?   - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias.

SASTERATokoh
PAK MUSA

PAK MUSA  (   ?    -    ?    ), penentang penjajahan British di Sabah. Dia juga dikenal dengan nama Pahlawan Si Musa atau Musah. Dia berketurunan suku Bajau dan menjadi ketua daerah Paitan, bahagian timur laut Sabah. Pak Musa amat dihormati dan disegani oleh orang kampungnya dan juga orang British pada ketika itu. Dia dipercayai memiliki ilmu kebatinan dan kekuatan yang luas biasa. Dia adalah salah seorang pahlawan pribumi Sabah yang berjuang menentang penjajahan British di Sabah antara tahun 1775 hingga tahun 1910.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAACOB ABDUL LATIF, TAN SRIYAACOB ABDUL LATIF, Tan Sri (1918-    ), Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua (1972-1983).  Dia lahir pada 1 Februari 1918 di Kelang, Selangor.  Dia daripada keluarga bangsawan Melayu yang berpendidikan tinggi. Bapanya, Doktor Latif merupakan orang Melayu yang pertama menjadi doktor di Tanah Melayu pada ketika itu. Sementara datuknya adalah seorang majistret dan Datuk Setia kepada Sultan Selangor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABU SHAHID

SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446).  Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim.  Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah.  Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera.  Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.  Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah).  Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri.  Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah.  Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PASURUAN

PASURUAN, kotamadya dan kabupaten yang terletak di pantai utara Jawa Timur, Indonesia.  Sejarah perkembangannya boleh ditelusuri sehingga zaman kerajaan Airlangga.  Pada ketika itu, Pasuruan disebut Paravan.  Ada juga yang menamakannya sebagai kota Gembong, kerana kota ini dilalui oleh Sungai Gembong.  Ketika itu, terdapat pelabuhan besar di Pasuruan yang boleh menghubungkannya dengan pulau-pulau lain yang dijajah oleh Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SISTEM KANGCU

SISTEM KANGCU, sistem pentadbiran yang popular di kalangan masyarakat Cina yang mengusahakan ladang-ladang gambir dan lada hitam di Johor pada abad ke-19.  pada ketika itu, Johor di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim.  Johor mempunyai tanah yang luas yang masih belum diteroka dan sesuai untuk kedua-dua jenis tanaman tersebut.  Kebanyakan kawasan ladang ini terletak di kawasan tebing sungai.  Sistem Kangcu ini dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem pajak Cina terawal di negara ini dan satu daripada cara kerajaan Johor mengawal beratus ribu orang Cina di negeri itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
123456789

Kembali ke atas