Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
at the moment, at this amountpada masa itu, pada amaun iniLain-lain23.02.2009
salam..bagaimanakah tulisan Jawi untuk sebutan nombor 1 yang digunakan dalam tahun 40-an ? Adakah nombor 1 disebut sebagai SATU atau SUATU pada masa itu ?Tidak ada maklumat tentang tersebut dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun ejaan satu - ساتو dan suatu - سواتو.Ejaan08.10.2012
Manakah yang betul? 1. Pada masa itu, saya sedang tidur. 2. Pada ketika itu, saya sedang tidur.Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa01.10.2013
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhasrat untuk mencetak semula Buku Panduan Kelab Rukun Negara yang dibuat oleh Jabatan. Di dalamnya ada terkandung Kata Aluan dari Menteri pada masa itu, tetapi sekarang Menteri telahpun bertukar. Persoalan saya, adakah perlu Kata Aluan dari Menteri yang baru atau mengekalkan sahaja Kata Aluan Menteri yang terdahulu. Terima kasih.Bagi naskhah cetak ulang, isi kandungan buku asal perlu dikekalkan termasuk kata alu-aluan menteri terdahulu.Lain-lain16.09.2009
Sejahtera dan selamat pagi! saya ingin mengajukan soalan. Pertama, kenapa saya tak boleh menyumbang khazanah persuratan melayu di "Celik Kata" dalam "Gerbang Kata" DBP? setiap kali saya ingin menyumbangnya maka pada masa itu juga terjadinya ralat. Kedua, adakah bilangan perkataan diterhadkan dlm setiap penyumbangan kata dlm portal "Gerbang Kata" DBP? harapan saya semoga ahli DBP dapat menambahbaikkan sistem portal "Gerbang Kata" DBP. Sekian, terima kasih!Aduan tuan telah kami salurkan untuk tindakan bahagian berkenaan, iaitu Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan bahagian berkenaan melalui pegawainya Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479000 atau e-mel abu@dbp.gov.my.Lain-lain13.02.2017
Boleh berikan definisi bagi tajuk " Bahasa Melayu Abad Ke Tujuh" ?Bahasa Melayu abad ketujuh bermaksud bahasa Melayu yang digunakan oleh kerajaan Melayu pada abad ketujuh di daerah Jambi, Sumatera. Bahasa Melayu pada masa itu disebut bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit.Makna08.01.2008
Pak Mail dan isterinya datang ____ Kami sekeluarga sedang makan tengah hari. A. tatkala B apabila Apakah jawapannya apakah perbezaan tatkala dan apabila?Tatkala bermaksud ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. Apabila  pula bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bila mana, apa kala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.

Perkataan yang boleh digunakan ialah apabila.
Tatabahasa23.07.2013
I Saya hendak menemukan Musalmah petang ini. II Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya. IV Pada masa itu, saya sedang tidur. A I dan II B II dan III C III dan IV D I, III, dan IVAyat II dan II betul.
II.  Cara Kumar bercakap terlalu meninggi.
III. Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya.
Tatabahasa03.10.2013
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih.Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa.  Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.  Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi  puan kepada DBP. Lain-lain08.04.2014
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain10.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas