Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chronkronGeologiTiada1. Tempoh masa kronozon. 2. Sela masa yang pada waktu itu sekumpulan batuan terbentuk.
asideaisik kuatKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika.
asidebisik kuatKesenianDrama dan TeaterTeknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatuperistiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit dan bangsawan.
policy year experiencepengalaman tahun polisiinsuransTiadaKiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang.
policy year experiencepengalaman tahun polisiPentadbiran PerniagaanTiadaKiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang.
kulakkulakSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan petani kaya yang menguasai perkembangan ekonomi luar bandar pada abad ke-19 di Rusia. Mereka memiliki tanah yang luas dan mengupah petani lain bagi mengerjakan tanah mereka dengan upah yang rendah. Tindakan ini menyebabkan kedudukan mereka dikritik hebat sebagai pemeras, terutamanya oleh parti komunis Rusia pada waktu itu. Selain menjadi tuan tanah, mereka juga menjadi sumber kepada petani bawahan meminjam wang, meminta kerja dan berbagai-bagai bentuk bantuan lain sehingga mereka menjadi golongan penting dalam masyarakat tani Rusia. Keadaan ini tidak banyak berbeza dengan hazienda di Amerika Latin dan zamindar di India.
khiyar naqdpilihan wangPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan penjual dan pembeli yang membuat persetujuan semasa akad. Sekiranya pembeli tidak membayar wang dalam tempoh tertentu dan/atau penjual mengembalikan wang bayaran, maka jual beli tidak berlaku atau terbatal. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat, khiyar ini merupakan satu cabang daripada khiyar syarat dan khiyar ini sah dalam tempoh tiga hari. Walau bagaimanapun, mengikut Muhammad bin al-Hassan al-Shaibani, pihak berakad bebas menetapkan tempoh. Khiyar ini akan terbatal disebabkan kematian pembeli, pembeli menguruskan barangan yang dibeli dengan menjualnya atau cara lain dalam tempoh khiyar sebelum harga dibayar, pembeli merosakkan produk yang dibelinya pada masa khiyar, dan pembeli telah menyebabkan kecacatan produk dan tidak boleh mengembalikan semula kepada penjual serta pada waktu itu bayaran belum dijelaskan. Penjual diberi pilihan sama ada mengambil semula produk atau tidak, tetapi berhak meminta bayaran penuh.
Greenwich datetarikh GreenwichMatematikTiadaWaktu dan tarikh di Greenwich yang sama pada waktu ketika itu dengan kedudukan di tempat lain.
off season croppingpenanaman luar musimPertanianAgroteknologiPenanaman tanaman semusim seperti padi dan jagung yang mempunyai tempoh masa antara 3 hingga 4 bulan daripada penanaman sehingga tuaian pada waktu-waktu di luar musim. Sebelum wujudnya kemudahan pengairan, tanaman semusim ini diusahakan sekali setahun, iaitu pada musim tengkujuh supaya tanaman mudah tumbuh dengan bekalan air hujan yang mencukupi. Pada musim kemarau tanaman ini tidak diusahakan. Tetapi dengan adanya kemudahan pengairan, bekalan air dapat disimpan dan digunakan semasa musim kemarau. Oleh itu, padi dapat ditanam pada musim kemarau dan padi yang diusahakan pada musim ini dipanggil penanaman luar musim.
historical criticismkritikan sejarahanKesusasteraanTiadaKritikan melihat kesusasteraan dalam konteks sejarah dan sosial pada waktu karya itu dihasilkan dan meneliti fakta-fakta tentang kehidupan dan zaman pengarangnya.
1234

Kembali ke atas