Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.de.ri] | ڤدري

Definisi : orang Kristian (terutama lelaki) yg dilantik khas utk mengendalikan perkara­perkara yg berkaitan dgn agama Kristian (di gereja dsb); ~ tentera paderi yg kerjanya menjaga keselamatan jiwa askar-askar Katolik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.de.ri] | ڤدري

Definisi : orang yg mengendalikan perkara-perkara yg berkaitan dgn agama Kristian di gereja; pendeta agama Kristian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paderi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEOKRASI

Teokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang

diperintah oleh paderi atau paderi-paderi, dan

paderi-paderi ini mempunyai kuasa ke atas

perkara-perkara sivil dan keagamaan. Perkataan

theocracy berasal daripada dua perkataan Yunani,

iaitu theos yang bermakna tuhan dan kratein yang

bermakna memerintah.

UMUM 
PADERI

Paderi ialah orang yang dilatih khas untuk

menjalankan tugas dan upacara keagamaan dan

memberi nasihat keagamaan.

UMUM 
KETUA PADERI

Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi

pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang

Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M.

UMUM 
OWEN, GORONWY

Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan

paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya

yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda).

Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam

bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang

paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y

Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn

Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di

Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki

Oxford University dan berkhidmat sebagai

pembantu paderi dan guru besar di Shropshire

dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di

Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760

sehingga kematiannya.

UMUM 
ALBAN, SAINT

Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang

pertama di Britain yang mati suci kerana agama.

Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama

Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire,

England. Alban melindungi seorang paderi yang

melarikan diri daripada hukuman mati yang

dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu

mengkristiankan Alban. Askar yang mencari

paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian

paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia

dihukum mati.

UMUM 
DRUID

Druid ialah kelas paderi terpelajar dalam kalangan

orang Celt, iaitu satu kaum Eropah purba.

UMUM 
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
PRIESTLEY, JOSEPH

Priestley, Joseph (1733–1804) ialah paderi dan ahli

kimia Inggeris, yang berkongsi penghargaan dengan Carl

William Scheele dari Sweden kerana penemuan oksigen

mereka secara bersama (lihat Oksigen ). Priestley

menamakan gas itu “udara berdeflogiston”, manakala

ahli kimia Perancis, Antoine Lovoisier menamakannya

sebagai oksigen.

UMUM 
STERN, LAURENCE

Stern, Laurence (1713–1768) ialah paderi British

yang tiba-tiba menjadi terkenal sebagai penulis

novel The Life and Opinions of Tristram Shandy,

Gentleman (1760–1767).

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
1234

Kembali ke atas