Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padi I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seed densitykepadatan biji benihPertanianAgronomi

 Kuantiti atau bilangan biji benih yang digunakan untuk penanaman bagi satu unit kawasan. Contohnya, 25 kg - 30 kg biji benih padi digunakan untuk menanam padi seluas 1 hektar. Terdapat kepadatan biji benih yang optimum dan memberikan hasil terbaik untuk tanaman tertentu.

riceberas; nasi; padiPentadbiran PerniagaanTiada1. Beras: Padi yang sudah ditumbuk atau diproses dan kulitnya telah terkupas.,2. Nasi: Beras yang telah ditanak atau dikukus.,3. Padi: Sejenis tumbuhan rumput yang buahnya dijadikan beras.
rice brandedak padiPerikananAkuakulturBahan ramuan atau bahan mentah yang digunakan dalam formulasi makanan rumusan sebagai pengisi dan sumber karbohidrat. Dedak padi merupakan selaput antara kulit padi dengan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma yang diperoleh semasa pemprosesan padi untuk menghasilkan beras. Berat dedak padi ini adalah 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding beras. Kandungan proteinnya ialah sebanyak 12% – 15% dan bahan serabutnya pula sebanyak 16% – 18%. Dedak padi juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi serta kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini juga mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali sebagai fitat atau asid fitik yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Terdapat dua jenis dedak padi, iaitu dedak padi biasa yang mengandungi 8% lemak dan dedak padi dinyahlemak dengan 1 – 2 % lemak.
rice brandedak padiVeterinarTiadaSelaput antara kulit padi dan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma. Bahagian ini diperoleh semasa padi diproses untuk menghasilkan beras. Bahan ini merupakan 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding dengan beras. Kandungan proteinnya ialah 12-5% dan bahan serabut 16-18%. Bahan ini juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi. Bahan ini kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali fitat atau asid fitik, yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Bahan ini terdapat dalam dua jenis iaitu yang biasa (8% lemak) dan yang dinyahlemak (1-2% lemak).
water use efficiencykecekapan penggunaan airPertanianAgroteknologi1. Jumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan sejumlah hasil tanaman, maka sejumlah air tertentu diperlukan bagi tumbesaran tanaman tersebut. 2. Nisbah kadar fotosintesis berbanding kadar transpirasi tumbuhan. Ia merupakan kuantiti karbon dioksida yang diikat dengan kuantiti air yang hilang dalam proses tersebut. Kecekapan penggunaan air penting pada masa kini dengan perubahan iklim yang sedang berlaku, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber air untuk tanaman. Oleh itu, beberapa kaedah penghasilan tanaman yang terbaharu telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air ini. Contohnya, untuk mengurangkan penggunaan air dalam tanaman padi, varieti padi yang tinggi kecekapan penggunaan air yang dikenali sebagai padi aerobik, telah diperkenalkan. Singkatan WUE.
grainbijian; butiran; iraPerubatanTiada1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain.
grainbijian; butiran; iraPerubatanTiada1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain.,.
grainbijian; butiran; iraPentadbiran PerniagaanTiada1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain.,2. Butiran: Benda kecil yang keras seperti gula, garam, pasir dan lain-lain.,6. Ira: Jalinan pada kain, kanvas atau kertas cetak dan fotografi.
seasonal croptanaman bermusimPertanianAgronomi

 1.  Tanaman jangka pendek yang ditanam mengikut cuaca. Contohnya, padi ditanam pada musim tengkujuh, manakala tembakau ditanam pada musim kemarau. 

2.  Tanaman yang berbuah pada musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Contohnya, durian dan rambutan.
dry holelubang keringKejuruteraanPetroleumSINONIM: 1. telaga kering 2. duster Telaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya untuk menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai padi mengimbangi kos pelengkapnya sebagai telaga minyak atau telaga gas.
12

Kembali ke atas