Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato’ P~; Imam P~ Tuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alas kaki; kasut; sepatu. 2 gelaran utk orang-orang yg dimuliakan atau yg dihormati: Surat ~ ayahanda telah anakanda terima. Seri ~ Baginda; Bendahara ~ Raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paduka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah wujud perkataan "Paduka Tuan" atau "Tuan Paduka"?Ya wujud. Kata "paduka tuan" dan "tuan paduka" terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu, khususnya dalam karya klasik.

Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:
1. Sultan memberikan kuasa kepada Orang Kaya Menteri Paduka Tuan untuk mentadbirkan hal agama Islam.
2. Maka itulah beta wakilkan kepada Tuan Paduka Seri Thomas Raffles....

Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan maknanya.
Lain-lain21.09.2023
Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. NohPenggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin .Tatabahasa24.04.2013
1.Penggunaan istilah yang tepat untuk "Yang berusaha"dengan "Yang Berbahagia: dalam salutasi semasa ucapan.Yang Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
 
Lain-lain07.10.2016
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong".Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan AgongEjaan14.05.2007
Apakah kata panggilan untuk Tuan Pengetua?Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang berusaha".Tolong jelaskanGelaran 'Yang Berusaha' lebih tepat kerana 'Yang Berbahagia' lazimnya digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat).Lain-lain16.03.2012
Maaf,maksud saya kata panggilan untuk jawatan Pengetua Cemerlang.Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang Berusaha"Gelaran yang tepat ialah 'Yang Berusaha' kerana 'Yang Berbahagia' digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat).Lain-lain16.03.2012
Format yang betul untuk menulis DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ejaan "venue" dalam bm, matapelajaran/mata pelajaran, ko-kurikulum/kokurikulum. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  "venue" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai tempat (belum ada istilah venue), mata pelajaran, kokurikulum.Ejaan30.07.2008
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul?1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan.

2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri.
Tatabahasa25.04.2013
"Projek al-Quran ini telah dirasmikan pelancarannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang betul ialah Pelancaran Projek al-Quran ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.Tatabahasa22.02.2021
Untuk siapakah singkatan YBhg. (YANG BERBAHAGIA) digunakan? Jika seseorang mempunyai gelaran Doktor (PhD). Apakah gelaran yang sesuai digunakan, jika orang itu perempuan? Jika orang itu lelaki?Dalam Kamus Dewan Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Oleh itu, gelaran yang tepat bagi Dr. (PhD) untuk surat ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat.Lain-lain10.12.2010
1234

Kembali ke atas