Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gar] | ڤاݢر

Definisi : 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (ke­bun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan; ~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai ber­duri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd bu­ritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; ~ makan padi (tanaman) prb orang yg di­percayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung); berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru; memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menye­rupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-ber­anak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, ber­diri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi; memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai; pagaran pagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gar] | ڤاݢر

Definisi : ; ~ anak betina (hitam, merah) sj tumbuhan (pokok kecil), bunga meragung, jenjagung, Ixonanthes icosandra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gar] | ڤاݢر

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat drpd dawai berduri, kayu dll dan dipasang di keliling sesuatu kawasan; apa-apa yg digunakan utk menyekat serta membatasi sesuatu kawasan. 2 apa-apa yg menyerupai pagar 1. ~ besi pagar yg dibuat drpd besi. ~ bulan lingkaran yg kelihatan mengelilingi bulan. ~ buluh pagar yg dibuat drpd buluh. ~ dawai (kawat) pagar yg dibuat drpd dawai. ~ duri pagar yg dibuat drpd dawai berduri. ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil. berpagar ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. berpagarkan ada atau mempunyai sesuatu sbg pagar: Kebun sayurnya ~ buluh. memagar membuat pagar di; mendirikan pagar di: Dia ~ kawasan rumahnya. ~ diri menjaga diri. memagari 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar: Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya. 2 ki melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. memagarkan menjadikan sesuatu sbg pagar; memasang sesuatu sbg pagar: Pak Abu ~ buluh di keliling kebunnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,

Puisi
 

Pagar buluh anggitnya jarang,
     Akan pemagar sapi jerasa;
Dalam sepuluh jarang seorang,
     Hanya yang tahu menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah,
     akan dilangkahi tinggi.

Bermaksud :

Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hurdlespagar lompat; lompat pagar; lonjakSukanTiada2. Pagar lompat: Pagar yang diperbuat daripada logam atau sebarang bahan yang sesuai dengan ketinggian tertentu dan dipasang pada palang kayu.
pagar anakpagar anakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Ixonanthes spp. daripada famili Linaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah inggir burung, dan di Sarawak ialah redin. Spesies utamanya kayu ini ialah Ixonanthes icosandra dan I. reticulata. Gubal kayu pagar anak sukar dibezakan daripada teras kayunya dan biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan berpilin. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini bersaiz kecil dan hanya sesuai untuk kayu jaras dan hulu peralatan.
hurdlepagar lompat;; lompat pagar (Olahraga)PendidikanTiadaTiada
hurdlepagar lompat;; lompat pagar (Olahraga)SukanTiadaTiada
hurdlespagar lompat; lompat pagar; lonjakPendidikanTiadaTiada
hurdlespagar lompat; lompat pagar; lonjakSukanTiadaTiada
picket fencepagar pancangLandskapTiadaPagar di taman depan rumah kawasan luar bandar di negara Barat. Pagar ini mempunyai ketinggian 1.2 m yang diperbuat daripada papan tegak yang dipaku pada palang yang bertiang atau berpancang. Jarak di antara tiang biasanya an tara 2 m hingga 3 m.
sunken fencepagar tenggelamLandskapTiadaPagar yang dibina di kawasan melengkung seperti lurah dan ha-ha. Pagar ini dibina bertujuan memberi halangan fizikal tanpa mencacatkan pemandangan.
dwarf hedgestanaman pagar kerdilLandskapTiadaTanaman pagar yang dipotong rapi dan rendah. Contohnya, pagar pokok Boxwood atau pokok teh (Ehretia microphylla).
steeplechase hurdlespagar berhalanganSukanTiadaPagar lompat bagi acara lari berhalangan.
12345678910...

Kembali ke atas