Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,

Puisi
 

Kebun kecil pokok berjenis,
     Pagar dengan buluh berdaun;
Kecil-kecil kayu tempinis,
     Terasnya tahan berpuluh tahun.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gelanggang permainangelanggang permainanKesenianTiadaTempat untuk menaikkan wau lazimnya disempadani oleh pagar, pokok, parit dan khemah di sekelilingnya.
dwarf hedgestanaman pagar kerdilLandskapTiadaTanaman pagar yang dipotong rapi dan rendah. Contohnya, pagar pokok Boxwood atau pokok teh (Ehretia microphylla).
ruruPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Casuarina spp. daripada famili Casuarinacea. Nama tempatannya di Sabah ialah aru dan sempilau. Spesies utamanya ialah Casuarina equisetifolia, C. nobilis, dan C. rumphiana. Gubal kayu ru berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan hingga coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana kehadiran ruji agregat yang besar. Iranya lurus, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, sederhana tahan dan mudah diawet. Kayu ru boleh digunakan untuk hulu peralatan dan tiang pagar. Pokok ru pula ditanam untuk mengurangi hakisan pantai, dan sebagai penghalang angin.
ClippingPengguntinganPertanianAgronomi

Perihal memangkas atau mencantas daun dan ranting pokok renek dengan menggunakan gunting, bertujuan membentuk atau mengelakkan pokok menjadi terlalu tinggi. Pengguntingan biasanya diamalkan untuk memelihara pokok pagar dan pokok hiasan supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik. 

windbreaktampan anginKesenianSeni BinaElemen-elemen yang digunakan untuk mengalihkan arah angin dari alirannya yang sebenar, dan memberikan perlindungan kepada bangunan supaya tidak musnah. Contoh elemen yang biasa digunakan ialah pokok-pokok, semak, pagar, dinding tegak bebas yang dibentuk khas dan sebagainya.
Box edgingpemagaran BuxusLandskapTiadaPagar rendah pokok box (Buxus sempervirens) dalam taman formal di Eropah.
outdoor walltembok luarLandskapTiadaPokok, dinding, pagar dan sebagainya yang dijadikan sebagai pembahagi ruang di luar bangunan.
outdoor walltembok luarLandskapTiadaPokok, dinding, pagar dan sebagainya yang dijadikan sebagai pembahagi ruang di luar bangunan.
ClimberPemanjatPertanianAgronomi

Jenis tumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat sesuatu struktur seperti tiang, pokok atau pagar apabila bertemu struktur berkenaan. Contohnya, kacang panjang, petola, kacang kelisa, bunga kesidang dan rotan.  Tumbuhan ini biasanya mempunyai akar, sulur atau duri yang memberinya keupayaan untuk melekat kepada struktur sokongan yang membolehkannya memanjat.

Piper betlesirihHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pemanjat dalam famili Piperaceae. Tumbuhan ini ditanam menggunakan kayu sokong atau melekat dan memanjat pada batang pokok dan pagar. Daunnya berbentuk jantung dan permukaan atasnya berkilat. Daun segar digunakan untuk menghentikan darah pada hidung, dibuat cucian sebagai antiseptik, dan dimakan untuk mengubati batuk dan kecacingan. Daun sirih bertemu urat digunakan untuk mandi bunga dalam perubatan tradisional. Daun sirih dimakan bersama kapur, pinang dan gambir sebagai amalan tradisi.
123

Kembali ke atas