Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
border shrubspokok renek sempadanLandskapTiadaPokok renek yang ditanam di pinggir taman untuk menandakan sempadan atau sebagai pagar.
ClippingPengguntinganPertanianAgronomi

Perihal memangkas atau mencantas daun dan ranting pokok renek dengan menggunakan gunting, bertujuan membentuk atau mengelakkan pokok menjadi terlalu tinggi. Pengguntingan biasanya diamalkan untuk memelihara pokok pagar dan pokok hiasan supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik. 

Strobilanthus crispuspecah kacaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renek berkayu dan mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika dan bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing.
Justicia gendarussagandarusa hitamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai temenggong melela dan urat sugi. Tumbuhan jenis renek ini mempunyai batang berwarna hijau kehitam-hitaman. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk elips. Bunganya dalam susunan spika, berwarna hijau hingga putih dan mempunyai tompokan merah jambu. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daun yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat sakit kepala, reumatisme dan bengkak. Air rebusan daun dibuat mandian selepas bersalin. Daunnya dimakan untuk merawat batuk, demam, tonik untuk jantung, sakit belakang, sakit pinggang, kembung perut, muntah dan kecacingan.
barrierhalanganKesenianSeni BinaSekatan yang dibina untuk mengubah arah sesuatu aliran pergerakan seperti pergerakan manusia dan pergerakan angin. Halangan boleh dibuat dalam bentuk struktur penghadang daripada lantai atau lekukan pada permukaan lantai atau tanah. Halangan juga boleh dibuat dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan melalui pendekatan landskap lembut seperti pokok-pokok renek yang ditanam secara berderetan yang berfungsi seperti pagar.

Kembali ke atas