Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Pagi-pagi menanam selasih,
     Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
     Kerana tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana bagi stesen radio bergerak kerana jumlah pendengar radio adalah tinggi dan selepas tempoh itu, jumlah khalayak mulai berkurangan sehingga pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Masa peralihan merupakan panduan kepada para pengiklan untuk membeli ruang siaran dan menentukan kos pembiayaan bagi sesuatu iklan.
total audience planperancangan khalayak seluruhKomunikasiKorporatPakej masa siaran iklan di radio dan televisyen yang dirancang dan ditawarkan kepada pengiklan. Perancangan ruang masa siaran iklan terletak pada kategori masa siaran dalam sehari, seperti masa siaran awal pagi, pagi, tengah hari, awal petang, petang, malam, dan tengah malam. Perancang masa siaran iklan di stesen berkenaan menyediakan pakej masa siaran untuk semua kategori waktu tersebut berdasarkan harga pakej yang dipilih oleh pihak pengiklan. Cara ini membolehkan sesuatu iklan menjangkau semua jenis khalayak yang terdedah kepada siaran radio dan televisyen pada sepanjang tempoh siaran.
split dutytugas berselaPentadbiran PerniagaanTiadaTugas kaunter mengikut masa tertentu dengan menyelakan jarak waktu rehat iaitu pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam.
brunchsarapan lewat pagiPentadbiran PerniagaanTiadaHidangan makanan ringan yang dinikmati di antara 10 pagi hingga 11.30 pagi.
petit dejennersarapanPentadbiran PerniagaanTiadaHidangan makanan yang dinikmati pada setiap pagi sehingga pukul 10 pagi.
antemeridiempagi/ante meridiemMatematikTiadaWaktu dari 12:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.
breakfast televisionsiaran pagiKomunikasiTiadaRancangan televisyen atau radio yang disiarkan pada waktu pagi. Biasanya, rancangan-rancangan ini menggunakan format perbincangan dengan tetamu di studio atau perbualan melalui panggilan telefon.
morning newspapersurat khabar pagiKomunikasiTiadaSurat khabar yang diterbitkan untuk edaran pada waktu pagi. bd. surat khabar petang.
12-hour systemsistem 12 jamMatematikTiadaSistem waktu yang berasaskan 12 jam pada sebelah pagi dan 12 jam pada sebelah petang. Apabila waktu dinyatakan dalam sistem ini, sebelah pagi atau sebelah petang penting dinyatakan. Misalnya, pukul 5:30 mungkin bermaksud pukul 5:30 pagi atau pukul 5:30 petang. Bandingkan sistem 24 jam.
breakfast talkbicara pagiKomunikasiTiadaAcara berbentuk perundingan atau perbincangan rasmi berkaitan isu tertentu yang diadakan pada waktu pagi.
123456789

Kembali ke atas