Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.har] | ڤاهر

Definisi : sj talam berkaki yg dibuat drpd gangsa atau tembaga (utk bekas makanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.har] | ڤاهر

Definisi : talam berkaki yg dibuat drpd tembaga atau gangsa utk bekas makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pahar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menyemak penggunaan sekaki bunga. Adakah benar penggunaan perkataan sekaki untuk bunga dan dalam konteks apakah bunga boleh dirujuk sebagai sekaki?
Menurut data kami, frasa kaki turut membawa maksud penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung serta merujuk kepada  ~ bunga iaitu bekas (tempat) meletakkan bunga. Penggunaan penjodoh bilangan kaki merujuk kepada tempat atau bekas bunga seperti bunga pahar atau bunga yang digubah. Contohya tiga kaki bunga pahar.
Lain-lain16.12.2019
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat;

Bagus rupa bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;

Pahar cerek sudah teratur,
Cawan mangkuk sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
Tatabahasa06.11.2013

Kembali ke atas