Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ha.tan] | ڤاهتن

Definisi : sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pahat (kata nama)
Bersinonim dengan gang, gogol, tatah;,
Kata Terbitan : berpahat, memahat, pahatan, pemahat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bas reliefukiran timbulArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPahatan yang dibuat pada dinding atau panel. Objek pahatan kelihatan timbul dan lebih tinggi berbanding dengan latar belakang. Antara ukiran timbul yang dipahat terdiri daripada hiasan flora, fauna, unsur mitologi, kisah perwayangan dan pemandangan. Dalam kajian arkeologi, pahatan ini ditemui dengan meluas pada bangunan candi dan masjid.
chalachalaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSejenis arca merujuk kepada acara keagamaan, pelengkap bangunan candi, pengiring dan lingga. Arca ini diperbuat daripada batu bersaiz kecil melalui proses pahatan atau terakota dan dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Chala berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh, arca Buddha duduk yang ditemui di candi Tapak 21 dan 22, Pangkalan Bujang, Kedah.
bas-reliefcorak timbulKesenianSeni BinaCorak yang dibuat timbul sedikit daripada permukaan bahan sama ada batu, logam, tanah liat, kayu dan sebagainya. Corak tersebut disediakan sama ada melalui kaedah ukiran dan pahatan, tempaan, penekanan dan sebagainya. Corak sebegini memberikan kesan tiga dimensi yang lebih menarik.
achalaachalaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSejenis arca yang merujuk kepada keagamaan, pelengkap candi, pengiring dan lingga. Arca ini diperbuat daripada batu bersaiz besar serta tidak dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Arca ini dihasilkan melalui proses pahatan. Achala berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh achala ialah arca dwarapala yang dijumpai di Tapak 4, Lembah Bujang.
figurinepatung kecilArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiArca yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Arca ini mempunyai hubungan dengan unsur spiritual dan keagamaan. Patung kecil ini diperbuat daripada bahan terra cotta, batuan dan kepingan logam. Contohnya, di Tapak 21 dan Tapak 22 telah ditemui arca Awalokitesvara kecil yang duduk di atas padmasana. Di Tapak 8 terdapat pahatan dewi kecil yang diukir pada kepingan emas.

Kembali ke atas