Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pai] | ڤاي

Definisi : 1. makanan berupa pastri yg berintikan daging atau buah-buahan; ~ kotej (ERT) makanan drpd daging kisar yg dibakar dan diletakkan kentang lecek di atasnya; 2. = carta ~ carta bulat yg terbahagi kpd beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan ter­tentu sesuatu satuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pai] | ڤاي

Definisi : ; belum ~ belum lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. saya ingin terjemahkan "Chicken Patty" kepada Bahasa Malaysia. Carian pautan dalam DBP menunjukkan perkataan Inggeris "patty" sebagai "pai kecil" dalam BM. walaubagaimanapun, terdapat produk "chicken patty" yang diterjemahkan kepada "Patti Ayam" ataupun "Burger Ayam" dalam pasaran Saya ingin tahu istilah manakan paling sesuai? Terima kasihKedua-dua istilah, iaitu Pai Kecil Ayam dan Patti Ayam adalah betul dan boleh digunakan.Istilah06.01.2017
Assalammualaikum, Kata ganti diri dalam ayat di bawah (mama, ayah, nenek) perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya ataupun dengan huruf kecil? 1. Kemudian, mama mengambil klip rambut yang selalu digunakan apabila dia menggunting rambut ayah. 2. “Kamu suka makan pai epal rhubarb Nenek, kan?” nenek bertanya.Perkataan emak, nenek dan ayah ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa10.03.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Potato Rumbler  - Pengupas kentang
2. Pie Die - Acuan Pai
3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza
4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt
5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh
6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas
Istilah23.03.2016

Kembali ke atas