Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ja/] | ڤاجق

Definisi : 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat men­jual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang­-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; memajak 1. mengerjakan sesuatu dgn mem­bayar sewa kpd kerajaan dll, mengepak; 2. meng­gadai: ~ barang-barang emas; 3. menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya setiap pagi; memajaki membayar pajak utk; memajakkan menyerahkan sesuatu hak kpd orang lain dgn menerima sewa: baginda ~ kuasa memungut cukai di muara Sungai Perak kpd seorang Cina; pajakan kontrak (kuasa atau hak) yg mem­bolehkan orang lain menggunakan atau men­duduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm tempoh masa dan dgn bayaran tertentu; pemajakan proses memajak: ~ daerah-daerah kpd Baron; pemajak orang yg memajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ja/] | ڤاجق

Definisi : 1 hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa: Apabila sampai musim penyu bertelur, kerajaan mengeluarkan tawaran ~ utk kawasan tempat penyu bertelur itu. 2 wang yg wajib dibayarkan kpd kerajaan kerana sesuatu hal; cukai: ~ tanah; ~ jalan. ~ gadai a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. ~ judi rumah tempat berjudi. memajak mengusahakan atau mengendalikan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll: Saudagar yg banyak modal ~ kawasan pantai itu hingga tiga empat batu panjangnya. memajakkan menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. pemajakan perbuatan (hal dsb) memajak atau memajakkan. pemajak orang yg memajak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pajak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAJAK-PINJAM

Pajak-Pinjam ialah rancangan yang dibuat oleh

Amerika Syarikat pada awal Perang Dunia II (1939–

1945) untuk membantu negara yang sedang

berperang dengan Kuasa Paksi. Akta Pajak-Pinjam

menjadi undang-undang pada 11 Mac 1941.

UMUM 
PEMEGANG PAJAK GADAI UMUM 
PAJAK

PAJAK, system sewa yang berkait dengan kegiatan pertanian. Pajak melibatkan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Pemajak ialah orang yang membayar wang kepada pemilik tanah. Persetujuan ini adalah mengikut tempoh musim pertanian itu. Pemajak hendaklah melunaskan bayaran pajak dengan membayar dahulu secara tunai kepada tuan tanah. Jangka masa yang diliputi dalam pajakan ini boleh melebihi setahun. Biasanya tempoh pajakan adalah antara tiga hingga lima tahun, dan kadar pajakan adalah lebih rendah daripada harga pasaran hasil pajakan itu.

BUDAYASistem
AL-IJARAH

Al-Ijarah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan sewa pajak Islam. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
AR-RAHNU

Ar-Rahnu ialah prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
SEWA MATI

SEWA MATI, sistem sewa yang tetap dan tidak boleh diubah dalam pembahagian hasil tanaman.  Jika perlu, penyewa terpaksa menyerahkan semua hasil tanaman atau terpaksa membeli daripada sumber lain untuk mencukupkan jumlah sewa yang telah ditetapkan.  Di sesetengah tempat, sistem sewa mati ini dikenal juga dengan nama sistem pajak.

BUDAYASistem
SISTEM KANGCU

SISTEM KANGCU, sistem pentadbiran yang popular di kalangan masyarakat Cina yang mengusahakan ladang-ladang gambir dan lada hitam di Johor pada abad ke-19.  pada ketika itu, Johor di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim.  Johor mempunyai tanah yang luas yang masih belum diteroka dan sesuai untuk kedua-dua jenis tanaman tersebut.  Kebanyakan kawasan ladang ini terletak di kawasan tebing sungai.  Sistem Kangcu ini dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem pajak Cina terawal di negara ini dan satu daripada cara kerajaan Johor mengawal beratus ribu orang Cina di negeri itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas