Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ja.kan]/[pa.ja/.kan] | ڤاجقن

Definisi : kontrak (kuasa atau hak) yg mem­bolehkan orang lain menggunakan atau men­duduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm tempoh masa dan dgn bayaran tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pajakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Boleh terangkan perbezaan sewaan dan pajakan?
Perbezaan antara sewaan dengan pajakan ialah:

  • sewaan merujuk kepada sesuatu, misalnya bilik, kereta dan sebagainya yang disewa;
  • pajakan ialah kontrak bertulis yang membenarkan seseorang menggunakan sesuatu aset seperti bangunan atau tanah bagi tempoh tertentu dengan bayaran berkala yang dipersetujui oleh pihak yang memajak dan pihak yang memberi pajak 
Makna05.09.2023
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' .Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas.Makna10.05.2007

Kembali ke atas