Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kan] | ڤاکن

Definisi : benang tenun yg melintang (dlm kek), lwn benang lungsin; berpakan mempunyai (memakai) pakan: kain dibaja yg ~ emas; maka diambilnya kain raja yg ~ emas itu dipakainya; memakankan 1. memasukkan benang pakan pd kain yg ditenun; 2. menggunakan sesuatu sbg benang pakan pd tenunan; pakanan barang apa yg dipakankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kan] | ڤاکن

Definisi : ; ~ jantan (kutang tanduk) sj tum­buhan (pokok renek), setukal paya, susuh ayam, serian putih, Kibara cantacea; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, meng­kudu badak, serawas, tembusu paya, Fragraea racemosa; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, lidah buaya, senduduk hutan, Allomorphia malaccensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kan] | ڤاکن

Definisi : Mn pekan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon terjemahan standard BM untuk berikut (yg dalam kurungan itu adalah tujuan saya) 1. Chick Starter Feed (pakan anak ayam permula) 2. Grower Finisher Feed (pakan ayam pedaging) 3. Grower Pullet Feed (pakan ayam dara penelur) 4. Finisher Pullet Feed (pakan Penamat --untuk ayam dara dan ayam pedaging peringkat akhir) 5. Layer Feed (pakan ayam penelur) Terima kasih

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1.    Chick Starter Feed = pakan pemula anak ayam

2.    Grower Finisher Feed = pakan penamat ayam kecil

3.    Pullet Feed = pakan ayam dara

4.    Finisher Pullet Feed = pakan penamat ayam dara

5.    Layer Feed = pakan ayam penelur 

Istilah30.01.2019
Saya menemukan frasa "bahan baku terasi" dalam satu jurnal terbitan Indonesia. Apakah seerti yang sesuai jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia? Contoh ayat; Sebagaimana yang kita ketahui limbah dari hewan crustaceaese pertiudang, kepiting dan belangkas di Indonesia hanya dimanfaatkan untuk pakan ternak, hidrolisat protein, silase, bahan baku terasi, petis dan lain–lain, Bahan baku terasi ialah Bahan asas belacanMakna20.03.2020
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkait­an; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka.

Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.

Lain-lain07.12.2017
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014

Kembali ke atas