Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kar] | ڤاکر

Definisi : 1. ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu; kepakaran pengetahuan dan kemahiran seorang pakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kar] | ڤاکر

Definisi : 1 pandai sekali; banyak pengetahuannya; mahir; bijak: Dia memang ~ dlm bidang pertanian. 2 orang yg ahli dlm sesuatu bidang: ~ ekonomi; Bapanya ~ dlm bidang perubatan. kepakaran pengetahuan dan kemahiran seseorang pakar: Pelantikan beliau sbg pensyarah di universiti itu merupakan satu penghormatan terhadap ~nya dlm bidang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakar (kata nama)
Bersinonim dengan ahli, pandai, jauhari, tukang, juru, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, ulama, utas, empu, kipu, spesialis;,
Kata Terbitan : kepakaran,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan daripada Siri Penerbitan Kamus Istilah MABBIM yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang terdapat dalam kamus ini dipetik daripada Mimeograf Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer dengan sedikit penambahan oleh pakar bidang mengikut kesesuaian semasa. Kamus ini memberi tumpuan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer. Kamus ini mengandungi 548 istilah berserta huraian, hasil penyusunan yang dilakukan oleh pakar yang berkaliber

Kembali ke atas