Salam Sejahtera, saya sedang mencari perkataan yang paling sesuai untuk "Integrity Pact". Saya pernah ternampak ada yang terjemah sebagai "Pakatan Integriti", "Aku Janji Integriti". Asal perkataan ini diperkenalkan dalam prosedur perolehan kerajaan, bahawa pihak pentender perlu tandatangan Integriti Pact. Terima kasih. | Terdapat istilah "Warsaw Pact" yang dipadankan sebagai Pakatan Warsaw dan "Baghdad Pact" yang dipadankan sebagai Pakatan Baghdad. Oleh itu, cadangan kami bagi istilah "Integrity Pact" ialah Pakatan Integriti. | Istilah | 18.10.2018 |
Betulkah ayat di bawah? 1) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 2) Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. 3) Allah yang menguasai segalanya. 4) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 5) Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. | 1. Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah - ayat ini tidak betul. 2. Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu - ayat ini tidak betul. 3. Allah yang menguasai segalanya. Betul. 4. Mesin itu berfungsi dengan baiknya. Betul. 5. Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. Betul. | | Tatabahasa | 07.07.2022 |
AinNur Haris ISN 2.44 PTG Assalamualaikum Dewan Bahasa dan Pustaka, saya hendak bertanya tentang penggunaan perkataan kolaborasi yang sering digunakan oleh media massa. Saya difahamkan kolaborasi bermaksud pakatan jahat, kerjasama membuat jahat/jenayah. Namun saya diberitahu kolaborasi juga mempunyai DUA maksud dan boleh juga digunakan untuk menunjukkan kerjasama yang baik. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. Puan AinNur Haris, Bandar Baru Salak Tinggi | Betul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.06.2017 |
salam tuan, saya ingin mendapat penjelasan tentang perkataan "kolaborasi" yang sering digunakan dalam pertututran mahupun penulisan sedangkan maknanya merujuk kamus drewan merupakna perkara nyang tidak baik. mohon penjelasan lanjut. ada sesetengah jabatan jadikan slogan dengan menggunakan perkataan kolaborasi..... | Kamus Dewan yang diterbitkan pada tahun 2006 hanya memasukkan makna kerjasama jahat, namun Kamus Inggeris-Melayu Dewan (kamus dwibahasa) telah memasukkan kedua-dua makna collaboration, iaitu kerjasama (working together) dan pakatan jahat (cooperation with enemy). Oleh itu, maksud kerjasama (working together) yang kini lebih banyak digunakan dalam penulisan berbanding dengan maksud pakatan jahat adalah betul. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 16.01.2012 |