Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kis] | ڤاکيس

Definisi : sj tumbuhan, paku; paku ~ berbagai­-bagai jenis paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kis] | ڤاکيس

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg tidak berbunga, tidak berdaun dan berbentuk spt bulu ayam; paku pakis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakis

Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul? i) paku pakis ii) paku-pakis

Saudari Nanai,

Penggunaan yang betul ialah 'paku-pakis'

Ejaan12.09.2012
Adakah ayat ini betul dari segi ejaan paku pakis (sama ada perlu huruf besar atau tidak)? --> "Kebanyakkan tumbuhan yang tidak berbunga adalah paku pakis"Jawapan yang betul berdasarkan cadangan ayat yang diberikan ialah "Kebanyakkan tumbuhan yang tidak berbunga adalah paku pakis".Lain-lain12.09.2022
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi frasa "American Adder's Tongue", sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai herba dalam merawat luka. Ia merupakan tumbuhan daripada kategori tumbuhan paku (seperti paku-pakis), nama saintifiknya adalah 'Ophioglossum vulgatum' dan ia juga dikenali dengan nama "southern Adder's tongue". Saya tertanya-tanya jika tumbuhan ini mempunyai telah nama spesifiknya dalam Bahasa Melayu. Saya lampirkan bersama gambar bagi memudahkan usaha kalian. Segala kerjasama di pihak kalian amat saya hargai.Nama tumbuhan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Jika nama tersebut hendak digunakan, kami mencadangkan supaya perkataan tersebut ditulis condong (italik).  Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut.     Lain-lain13.03.2018

Kembali ke atas