Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kis] | ڤاکيس

Definisi : sj tumbuhan, paku; paku ~ berbagai­-bagai jenis paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kis] | ڤاکيس

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg tidak berbunga, tidak berdaun dan berbentuk spt bulu ayam; paku pakis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakis

Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
paku pakisfernSejenis tumbuhan berdaun, berbentuk seperti bulu pelepah dan membiak melalui spora yang terdapat di bahagian bawah daun. Lihat RajahSekolah Rendah
periuk kerapitcher plantSejenis tumbuhan pakis yang mempunyai struktur seperti periuk, yang menakung air untuk memerangkap serangga. Lihat RajahSekolah Rendah
mikrosporangiummicrosporangiaSporangium yang menghasilkan mikrospora pada tumbuhan heterospora, contohnya mikrosporangium pada paku pakis.Menengah Atas
sporasporeSel pembiakan bagi cendawan, lumut dan tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga seperti paku pakis.Menengah Rendah
sporasporeBiji-biji kecil yang merupakan sel bagi tumbuh-tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis. Spora terletak di bawah daun. Lihat RajahSekolah Rendah
sporasporeSel pembiakan yang berkembang menjadi individu tanpa pensenyawaan dengan sel pembiakan bagi tumbuh-tumbuhan. Contohnya, paku pakis dan cendawan. Lihat RajahMenengah Atas
tumbuhan tak berbunganon-flowering plantTumbuhan yang tidak menghasilkan bunga atau biji. Tumbuhan ini biasanya mengeluarkan spora. Contohnya, pokok paku pakis. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas