Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kis] | ڤاکيس

Definisi : sj tumbuhan, paku; paku ~ berbagai­-bagai jenis paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kis] | ڤاکيس

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg tidak berbunga, tidak berdaun dan berbentuk spt bulu ayam; paku pakis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakis

Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pucuk pakispucuk pakisKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pucuk pakis, lazimnya terdapat pada tutup kasau.
Helminthostachys zeylanicaTunjuk langitPertanianTiadaSejenis paku-pakis dalam famili Ophioglossaceae, juga dikenali sebagai paku jelai. Tumbuhan ini mempunyai stuktur daun berbentuk jari. Sporofil terbit di bahagian tengah dan menegak ke atas seperti menunjuk ke langit. Sporofil pada tumbuhan ini mengandungi spora untuk pembiakan. Paku-pakis ini biasanya tumbuh liar di kebun getah. Air rebusan digunakan untuk mengembalikan tenaga, afrodisiak, mengurangkan batuk dan cirit-birit.
Helminthostachys zeylanicatunjuk langitHerbaBotani dan BioteknologiPaku-pakis dalam famili Ophioglossaceae yang dikenali juga sebagai paku jelai. Tumbuhan ini mempunyai struktur daun berbentuk jari. Sporofil terbit di bahagian tengah dan menegak ke atas seperti menunjuk ke langit. Sporofil pada tumbuhan ini mengandungi spora untuk pembiakan. Paku-pakis ini biasanya tumbuh liar di kebun getah. Air rebusan digunakan untuk mengembalikan tenaga, afrodisiak, mengurangkan batuk dan cirit-birit.
seed fernpakis biji benih (paleon)GeologiTiadaTiada
fern (Pteridophytes)pakis (Pteridophytes)PertanianTiadaTiada
asparagus fernpakis asparagusPertanianTiadaTiada
fern stitchjahit pakisKesenianTiadaJahit sulam yang terdiri daripada tiga jahitan lurus yang sama saiznya dan bercabang dari satu pusat.
adiantumadiantumPerubatanTiadaGenus paku-pakis, sebahagian besar terdapat di kawasan tropika
frondfronHerbaBotani dan BioteknologiDaun majmuk pada paku-pakis. Sesetengah daripada daun tersebut menghasilkan spora.
peat mosslumut gambutLandskapTiadaTumbuhan separuh reput biasanya paku pakis yang digunakan sebagai media penanaman dalam reka bentuk taman miniatur.
1234

Kembali ke atas