Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lam] | ڤالم

Definisi : sumbat (lubang, celah, dll); memalam menyumbat, menutup; pemalam penyumbat, penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lam] | ڤالم

Definisi : peranti yg mempunyai dua atau tiga cemat yg disambungkan dgn wayar dan digunakan sbg sambungan elektrik apabila dimasukkan ke dlm soket, plag; ~ pencucuh peranti yg mencetuskan bunga api elektrik dlm enjin petrol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lam] | ڤالم

Definisi : , = pemalam benda yg digunakan utk menutup lubang dll; sumbat. ~ gunung berapi kelompok atau ketul batu igneus yg menimbuni lohong gunung berapi. ~ pencucuh alat utk mencucuh campuran udara dan wap minyak petrol dlm silinder sesuatu enjin. memalam menutup atau menyumbat dgn palam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan sesuai bagi Power Adapter bagi telefon pintar? Adakah palam pengecas sesuai digunakan?Padanan bahasa Melayu bagi istilah power adapter ialah alat suai kuasa. Padanan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan  dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah09.02.2023
Pengesahan kata pemeri Bolehkan saya sahkan sama ada latihan bertajuk Palam Pemasa pada minit ke-8 adalah betul. Saya keliru kerana jawapan yang betul menurut cikgu dalam youtube (https://www.youtube.com/watch?v=Esw5tDq2cEA) ini ialah: "Cuti sekolah adalah saat yang saya nantikan" (kenapa bukan adalah? Perkataan yang selepas ialah ialah 'saat' iaitu kata nama) "Namun, perkara yang merisaukan ayah adalah keselamatan rumah kami" (kenapa bukan ialah? bukankah keselamatan sudah menjadi kata nama?) Mohon pencerahan. Terima kasih. Salam Ramadan, MaizuraSalam sejahtera,

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal. 263). Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Merujuk pertanyaan puan, kata pemeri ialah merupakan kata yang tepat untuk kedua-dua soalan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Layari prprm.dbp.gov.my untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Tatabahasa20.05.2020
Muhammad Hafiz Dolah JUM 4.14 PTG Muhammad Hafiz Dolah Hi, Downloadable plug in dalam bahasa melayu apa ye?Tiada istilah yang khusus untuk "Downloadable plug in" dalam bahasa Melayu. Pihak kami mencadangkan padanan kata yang paling hampir iaitu "palam boleh muat turun".Lain-lain06.10.2017
Assalamualaikum, Boleh saya tahu apakah istilah yang sesuai bagi perkataan 'home' dalam ayat "Navigation bar items can be added to the current set (Home, About, User Home, etc.) that appear at the top of the page." dan istilah plugin bagi ayat "The PDF file you selected should load here if your Web browser has a PDF reader plugin installed (for example, a recent version of Adobe Acrobat Reader.)"? Terima kasih

Dalam data rujukan kami, terdapat istilah homepage yang diberikan padanannya ialah laman utama dan laman. Istilah yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi perkataan home ialah utama dan plugin ialah palam. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=homepage&d=69812&#LIHATSINI untuk lebih lanjut.

Penyemakan dan penterjemahan10.04.2019

Kembali ke atas