Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lam] | ڤالم

Definisi : sumbat (lubang, celah, dll); memalam menyumbat, menutup; pemalam penyumbat, penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lam] | ڤالم

Definisi : peranti yg mempunyai dua atau tiga cemat yg disambungkan dgn wayar dan digunakan sbg sambungan elektrik apabila dimasukkan ke dlm soket, plag; ~ pencucuh peranti yg mencetuskan bunga api elektrik dlm enjin petrol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lam] | ڤالم

Definisi : , = pemalam benda yg digunakan utk menutup lubang dll; sumbat. ~ gunung berapi kelompok atau ketul batu igneus yg menimbuni lohong gunung berapi. ~ pencucuh alat utk mencucuh campuran udara dan wap minyak petrol dlm silinder sesuatu enjin. memalam menutup atau menyumbat dgn palam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMBAK RAKSASA

Tambak Raksasa merupakan pembentukan

palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara

Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya

daripada legenda lama bahawa tambak tersebut

dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai

Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland

ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn

MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland,

menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba.

Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam

basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat

antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya

sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu

antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji

bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil

daripada pengecutan aliran lahar.

Lihat juga Basalt.

UMUM 

Kembali ke atas