Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : 1. (yg) teramat, (yg) amat sangat, (yg) ter ...: badan yg ~ berkuasa di negeri ini; mawar yg ~ indah; 2. = sepaling yg satu; paling-paling 1. teramat sangat; 2. sehabis­-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyak­nya, setinggi-tingginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan meng­alihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-h­ubah; kepalingan (Lin) superlatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : Mn; suling-~ tunggang-langgang; ®suling III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : tersangat...; teramat...: Dialah yg ~ berani antara kami. paling-paling 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya...; sebanyak-banyaknya...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan (muka) ke arah lain; mengarahkan (muka) ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling

Puisi
 

Kalau tuan mandi telaga,
     Timba air dalamlah pasu;
Pandailah sungguh adik meneka,
     Yang paling tinggi ialah nafsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "paling" dan "sekali" digunakan serentak, seperti : paling cantik sekali ??Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantik sekali tidak boleh digunakan secara serentak.

Binaan darjah penghabisan boleh menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas "amat", "sangat" atau "sungguh" yang hadir sebelum kata adjektif.
Tatabahasa16.07.2013
Adakah 'paling' dianggap sebagai kata penguat bebas? Contohnya, Pelajar itu paling tinggi di dalam kelas atau Pelajar itu tinggi paling di dalam kelas. Terima kasih.Paling ialah kata penguat hadapan. kata penguat bebas ialah amat, sangat dan sungguh.Tatabahasa19.06.2016
Aslmkm tuan. Mana yg betul bagi gabungan kata penguat di bawah. 1. Agak ... sekali 2. Amat ... paling 3. Paling ... sekali 4. Agak ... sungguh atau smuanya salah. Harap dapat pencerahan drp tuanPola penggunaan darjah penghabisan yang betul adalah seperti yang berikut:
1. ter- + amat/sangat + kata adjektif
2. amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali
Agak bukan kata penguat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.
Tatabahasa13.05.2015
Assalamualaikum, saya nak tanya jika perkataan boleh guna perkataan 'yang' sebelum perkataan 'paling'? Contohnya: 1) Rumah yang paling cantik. 2) Rumah paling cantik. Apakah ayat yang betul, 1 atau 2?Kedua-dua ayat tersebut adalah betul cuma membezakannya ialah unsur lewah. Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.Tatabahasa15.12.2015
mana satu yang paling betul dan paling tepat? 1. berdasarkan pernyataan informan... 2. berdasarkan penyataan informan... 3. berdasarkan kenyataan informan...Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah "berdasarkan kenyataan informan...".Lain-lain15.08.2022
Slm, Mohon check ayat di bawah. 1) Serangga apa yang mempunyai kelajuan terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju dalam kalangan serangga. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. tqApakah serangga yang terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua yang terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. Tatabahasa19.08.2015
Salam sejahtera. Bolehkah imbuhan awalan ter digunakan pada perkataan paling.Imbuhan awalan ter atau penanda darjah penghabisan, iaitu ter, paling dan sekali tidak boleh hadir serentak dalam satu binaan ayat.  Contoh kesalahan lain: tercantik sekali, paling cantik sekali, terpaling cantik, paling tercantik.Tatabahasa28.08.2022
Apakah maksud "kumpulan primer" dan "kumpulan sekunder"?Perkataan “primer” bermaksud paling asas atau paling utama. Manakala perkataan “sekunder” pula bersifat bukan asas atau utama. Makna15.12.2021
bolehkah perkataan sekali dengan paling berada dalam satu ayat?Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantiksekali tidak boleh digunakan secara serentak. Lain-lain18.08.2017
Salam Tuan, saya ingin kepastian sama ada penggunaan paling tersohor betul atau tidak? Terima kasih.Penggunaan imbuhan awalan ter- dengan kata penguat "paling" dalam penggunaan kata adjektif dari segi darjah penghabisan membawa maksud yang sama. Tuan/puan boleh memilih sama ada menggunakan awalan ter- + kata adjektif atau penguat paling + kata adjektif.  Kedua-duanya bermaksud penanda darjah penghabisan.

1. Ali pelajar tersohor di sekolah itu.
                     atau
2. Ali pelajar paling sohor di sekolah itu.

Kedua-dua ayat membawa maksud yang sama
Tatabahasa22.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas