Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : 1. (yg) teramat, (yg) amat sangat, (yg) ter ...: badan yg ~ berkuasa di negeri ini; mawar yg ~ indah; 2. = sepaling yg satu; paling-paling 1. teramat sangat; 2. sehabis­-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyak­nya, setinggi-tingginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan meng­alihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-h­ubah; kepalingan (Lin) superlatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : Mn; suling-~ tunggang-langgang; ®suling III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : tersangat...; teramat...: Dialah yg ~ berani antara kami. paling-paling 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya...; sebanyak-banyaknya...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan (muka) ke arah lain; mengarahkan (muka) ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling

Puisi
 

Kalau tuan mandi telaga,
     Timba air dalamlah pasu;
Pandailah sungguh adik meneka,
     Yang paling tinggi ialah nafsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supercomputersuperkomputerTeknologi MaklumatTiadaSistem komputer kerangka utama yang paling besar, paling laju, dan paling berkuasa.
extreme temperaturesuhu lampauGeografiTiadaJulat di antara nilai suhu paling tinggi dan yang paling rendah ataupun di antara min suhu paling tinggi dan min suhu paling rendah yang dicatatkan pada tempoh masa tertentu di sesebuah stesen meteorologi.
GanymedeGanymedeMatematikTiadaSatelit Musytari yang paling cerah dan paling besar.
conductor casingselongsong pengalirKejuruteraanTiadaSelongsong paling luar dan berdiameter paling besar yang dipasang di dalam lubang telaga.
dominancekedominananBiologiEkologiKeadaan apabila spesies yang paling kerap atau paling besar ditemui di sesuatu tempat, dan kehadirannya mempengaruhi kehadiran organisma lain. Misalnya, kehadiran meranti, Shorea spp. atau monyet, Macaca fascicularis di hutan pamah.
Newronain fluidbendalir NewtonanKimiaTiadaBendalir yang paling dasar yang paling mudah yang daya ricihnya berkadar terus dengan kadar ricih. Bendalir ini akan mula bergerak apabila tekanan atau daya yang bertindak ke atasnya melebihi sifar. Bendalir Newtonan memiliki nilai kelikatan yang tetap pada semua nilai ricih selagi suhu dan tekanan dipertahankan tetap. Contoh-contoh bendalir Newtonan adalah air, minyak diesel dan geliseran. Nilai alat untuk bendalir Newtonan ditentukan dengan menggunakan alat meter kelikatan penunjukan terus dengan memberikan nilai sifar. Kebanyakan bendalir penggerudian adalah bendalir bukan Newtonan yang kelikatannya tidak tetap tetapi berubah-ubah bergantung pada nilai ricih.
Newronain fluidbendalir NewtonanKejuruteraanPetroleumBendalir yang paling dasar yang paling mudah yang daya ricihnya berkadar terus dengan kadar ricih. Bendalir ini akan mula bergerak apabila tekanan atau daya yang bertindak ke atasnya melebihi sifar. Bendalir Newtonan memiliki nilai kelikatan yang tetap pada semua nilai ricih selagi suhu dan tekanan dipertahankan tetap. Contoh-contoh bendalir Newtonan adalah air, minyak diesel dan geliseran. Nilai alat untuk bendalir Newtonan ditentukan dengan menggunakan alat meter kelikatan penunjukan terus dengan memberikan nilai sifar. Kebanyakan bendalir penggerudian adalah bendalir bukan Newtonan yang kelikatannya tidak tetap tetapi berubah-ubah bergantung pada nilai ricih.
SS CygniCygni SSMatematikTiadaNova kerdil yang paling cerah dan paling lazim dicerap, bermagnitud kedua belas higga kelapan.
littoral zonezon litoralPerhutananTiadaPantai antara paras air paling tinggi dengan paling rendah.
Eta CarinaeEta CarinaeMatematikTiadaSalah satu bintang yang paling terang dan paling tidak stabil dalam Bimasakti dan wujud dalam buruj Carina.
12345678910...

Kembali ke atas