Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah paling tepat: 1. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya adalah dengan membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 2. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 3. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa.Cadangan penggunaan yang gramatis ialah "Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa."

Tatabahasa03.07.2023
Yang mana paling tepat: 1. ... kota Makkah 2. ... Kota MakkahHuruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah.Tatabahasa19.04.2013
Yang mana paling tepat: 1. Di bawah lindungan Allah 2. Bawah lindungan AllahDi bawah lindungan AllahTatabahasa01.04.2013
Yang mana paling tepat: 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya pada AllahPercaya kepada Allah.Tatabahasa01.04.2013
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan...Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
Tatabahasa01.04.2013
Manakah yang paling tepat, 1. Pelancong itu tertarik .......puisi yang disampaikan oleh Siti. a. pada b. kepada c. dengan d. oleh HARAP DAPAT JELASKAN SEBAB JAWAPAN DIPILIH. TERIMA KASIHPelancong itu tertarik kepada puisi yang disampaikan oleh Siti. Penjelasan: Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad.Tatabahasa28.04.2011
Penjodoh bilangan yang paling sesuai. 1.sekumpulan gajah atau 2. Sekawan gajahPenjodoh bilangan "sekawan dan sekumpulan" boleh digunakan untuk haiwan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun, pengganas dan sebagainya.Lain-lain13.03.2017
Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih."Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak.Tatabahasa20.08.2015
Salam sejahtera. Yg manakah penggunaan kata kerja berikut paling tepat? 1. Budak bermain buaian di taman rekreasi. 2. Budak mengayun buaian di taman rekreasi. 3. Budak mengayunkan buaian di taman rekreasi. Terima kasihKetiga-tiga kata kerja tersebut tepat dan boleh digunakan. Kata kerja bermain dan mengayunkan memerlukan objek selepasnya. Tatabahasa12.01.2021
Berdasarkan dua ayat di bawah ini, ayat manakah yang paling tepat: 1. Degup jantungku berdebar 2. Denyut jantungku berdebarBerdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM),  "degup" bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras manakala "denyut" bermaksud gerakan kembang kempis atau debaran jantung. Justeru, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Makna22.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas