Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAPPORO

Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri

Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia

terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk

Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]).

Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk

berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat

pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya

meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan

kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo

meliputi Hokkaido University dan taman bunganya

yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan

pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di

subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer

ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan

Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo.

UMUM 
DENEB

Deneb ialah bintang yang paling terang dalam

buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali

sebagai <I>Alpha Cygni. I>Ia ialah bintang yang paling

terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan

mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb

ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi

ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang

1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb

kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan

oleh suhu permukaan yang sangat tinggi,

sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi

mengelaskan bintang ini sebagai <I>superraksasaI>

<I>biruI>. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali

ganda diameter matahari.

UMUM 
MUSKELLUNGE

Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam

famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter

dan beratnya lebih kurang 45 kilogram.

Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge

panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan

beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka

hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25

tahun.

UMUM 
SULTAN IBRAHIMKapsyen1">          :1">           Sultan Ibrahim

 

SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959).  Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABIDJAN

Abidjan (pend.1 850 000 ) ialah ibu negara dan

bandar terbesar Ivory Coast. Ia juga salah sebuah

pelabuhan yang paling sibuk di bahagian barat

Afrika. Bandar ini terletak di pinggir sebuah lagun di

bahagian selatan negara itu. Sebatang terusan

menghubungi lagun dengan Teluk Guinea, yang

merupakan sebahagian Lautan Atlantik (lihat Ivory

Coast [peta]).

UMUM 
ROTTERDAM

Rotterdam (pend. 558 832; pend. kaw. met. 1 025 580)

ialah bandar kedua terbesar di Belanda selepas

Amsterdam. Rotterdam adalah satu daripada

pelabuhan laut yang paling sibuk di dunia. Bandar

ini terletak di kedua-dua tebing Sungai Nieuwe

Maas, kira-kira 31 kilometer dari timur Laut Utara

(lihat Belanda [peta]).

UMUM 
KEKUBAH

Kekubah ialah bumbung atau siling yang

melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat

daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis

utama kekubah adalah (1) kekubah terowong,

(2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah.

UMUM 
ASHANTI

Ashanti ialah kumpulan etnik yang terbesar dan

paling berkuasa di Ghana, Afrika Barat. Nama

kumpulan ini juga dieja <i> Asante i> . Kebanyakan orang

Ashanti yang berjumlah kira-kira 1 ½ juta orang

tinggal di selatan-tengah Ghana di kawasan

Ashanti. Ibu negeri kawasan ini, Kumasi, ialah

bandar kedua terbesar di Ghana.

UMUM 
BUTLER, SAMUEL

Butler, Samuel (1613–1680) ialah penyair Inggeris

dan penulis satira. Dia paling terkenal kerana

puisinya yang panjang, <I>Hudibras I>(bahagian 1,

1663; bahagian II,1664; bahagian III, 1678).

UMUM 
PRAGUE

Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat

kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting.

Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa

Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua

dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di

Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat

Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali

sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat

banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah

sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah

yang terselamat daripada kerosakan besar dalam

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
123

Kembali ke atas