Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 - Adalah paling dapat digunakan bersama sekali contohnya (paling baik sekali). Soalan 2 - Apakah perbezaan antara sebahagian dengan sebahagian daripada. Terima kasih, Tuan/Puan.'Paling' tidak dapat hadir bersama 'sekali'. Jadi, yang betulnya ialah paling baik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. 'sebahagian' dan 'sebahagian daripada' adalah sama.Tatabahasa18.09.2008
Assalamualaikum, saya nak tanya jika perkataan boleh guna perkataan 'yang' sebelum perkataan 'paling'? Contohnya: 1) Rumah yang paling cantik. 2) Rumah paling cantik. Apakah ayat yang betul, 1 atau 2?Kedua-dua ayat tersebut adalah betul cuma membezakannya ialah unsur lewah. Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.Tatabahasa15.12.2015
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih.1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 
2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. 
Tatabahasa24.04.2015
mana satu yang paling betul dan paling tepat? 1. berdasarkan pernyataan informan... 2. berdasarkan penyataan informan... 3. berdasarkan kenyataan informan...Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah "berdasarkan kenyataan informan...".Lain-lain15.08.2022
Jawapan mana yang paling tepat ? 1. Kakak mengambil ____________ kain untuk menampal baju adik yang koyak. ( secarik/ secebis ) 2. "_______________ kaki dan tangan sangat penting bagi memastikan sesuatu permainan badminton itu baik," kata Razif Sidek. ( Gerakan / Pergerakan / Penggerakan / Menggerakkan )1. Yang paling sesuai dengan pilihan yang diberikan ialah 'secebis' kain. Namun yang paling sesuai dengan ayat ini ialah sepotong kain. 2. Pergerakan kaki dan tangan.....Tatabahasa25.09.2008
Frasa yang paling tepat: 1) Dua minggu berturut-turut 2) Dua minggu berturut 3) Dua minggu berturutanFrasa yang paling tepat ialah Dua minggu berturut-turutTatabahasa09.02.2018
Tuan, Apakah jawapan yang paling sesuai ? 1. Kerana terlalu dingin, kedua-dua belah kakinya telah _________. A. kejur B. lenguh C. beku. terima kasih.Jawapan yang paling sesuai untuk ayat "Kerana terlalu dingin, kedua-dua belah kakinya telah .............A. kejur.Tatabahasa17.11.2016
Slm, Mohon check ayat di bawah. 1) Serangga apa yang mempunyai kelajuan terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju dalam kalangan serangga. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. tqApakah serangga yang terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua yang terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. Tatabahasa19.08.2015
Assalamualaikum, Ejaan yang tepat untuk kata nama bagi jari yang paling kecil; 1.kelengkeng 2. kelingking Yang mana paling tepat.kelengkengEjaan27.02.2015
Mana satu ayat yang betul, (1) atau (2)? (1) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. (2) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus daripada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat.Tatabahasa15.08.2018
12345678910...

Kembali ke atas