Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.ma] | ڤلما

Definisi : sj pokok drpd famili Palmaceae yg ba­tangnya tegak lurus tidak bercabang dan ber­daun di atas seakan-akan payung, spt nyiur, kabung dan pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.ma] | ڤلما

Definisi : jenis pokok yg tegak lurus tidak berdahan dan daunnya berpelepah spt pokok kelapa. ~ raja palma yg licin dan agak kembung bahagian atasnya (yg hampir dgn pelepah) dan biasanya ditanam di pinggir jalan, Oreodoxa regia; Roystonea regia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya memerlukan Khidmat Nasihat Bahasa untuk billboard Hotel De Palma di Jalan Ampang.Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain31.07.2012
Saya Nareemah Sahok berlajar Bahasa dan Saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna NiyurNiyur atau kelapa merupakan sejenis tumbuhan (palma dan buahnya).Makna28.10.2015
Bolehkah kami menggunakan padanan nira sahaja bagi sap dalam ayat di bawah ini? Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. Jika kami menggunakan perkataan sap sahaja pula, adakah maksudnya akan tercapai?Untuk makluman maksud nira berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah air yang disadap dari mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak) dan perkataan ini boleh digunakan sekiranya membawa maksud yang hendak disampaikan, manakala sap pula ada pada data Istilah Bahasa Melayu dalam bidang perubatan tetapi tiada huraiannya dan beberapa bidang lain. Kami mencadangkan pihak puan melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/ untuk membuat rujukan lanjut.Makna18.06.2021
Dalam ayat di bawah ini perkataan "sap" telah dipadankan sebagai "nira". Melalui semakan kami terdapat padanan "sap" dalam bahasa Melayu iaitu "sap". Jika kami menggunakan padanan sap tersebut dalam ayat di bawah ini adakah betul dari sudut konteksnya: 127. (1) Gula kabung shall be the sugary product made from the sap of the male inflorescence of the palm Arenga pinnata. 127. Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata.Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan sap membawa maksud juice, fluid circulating through plant, sap. Sap juga mempunyai padanan dalam istilah bahasa Melayu dalam bidang Perubatan. Oleh itu, perkataan sap boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penulisan.

Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ayat tersebut diolah kepada Gula kabung ialah produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata.
Istilah04.06.2021

Kembali ke atas