Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.ma] | ڤلما

Definisi : sj pokok drpd famili Palmaceae yg ba­tangnya tegak lurus tidak bercabang dan ber­daun di atas seakan-akan payung, spt nyiur, kabung dan pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.ma] | ڤلما

Definisi : jenis pokok yg tegak lurus tidak berdahan dan daunnya berpelepah spt pokok kelapa. ~ raja palma yg licin dan agak kembung bahagian atasnya (yg hampir dgn pelepah) dan biasanya ditanam di pinggir jalan, Oreodoxa regia; Roystonea regia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palma


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jaung Ibsejenis tumbuhan palma hutan yang berduri. Bentuknya seperti pokok salak dan buahnya masam.Lidi diperbuat daripada tulang sejenis palma yang dipanggil jaung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
polod Kdsejenis palma.Seperti yang termaklum, Sompoton diperbuat daripada buluh sumbiling sedang Bungkau diperbuat daripada pelapah polod atau bengkala.Bungkau juga miliki lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pagung Bjsejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans.Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
hisad Kdsejenis tumbuhan palma.Sandang - Selindang – diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang dalam bahasa Kadazan disebut hisad, ianya menyerupai daun pandan yang telah diraut sebesar kira lima milimeter.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aping Ibsejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api.Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kuriding Bj, Tbsejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod).Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
basong, *basung* Ibsejenis bakul kecil yang dibuat daripada anyaman (halus) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain.Keling lalu bangun dan menyandang bakul sap basong melintang, menyandang sumpitan tapang. Di pinggangnya diikatkannya pula pedang panjang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkat Ib, Sksejenis bakul besar yang dibuat daripada anyaman (jarang) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain.Ketika Nek Siku pulang petang itu, Josika melihat jarum jam tangannya, menunjukkan pukul empat petang, sepertiga buis disumbatkan ke dalam bangkat dan dihantar ke rumahnya oleh orang lain. Dia sendiri berjalan dengan terhuyung-hayang ketika meninggalkan rumah itu tadi.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lidi Ibsejenis alat yang digunakan dalam proses menenun kain. Ia dibuat daripada pelepah aping dan jaung.Lidi diperbuat daripada tulang sejenis palma yang dipanggil jaung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linut Kn, Ml, Pesejenis makanan dibuat daripada tepung rumbia, dimakan dengan cara mencampurkannya dengan air panas dicicah dengan sambal.Talap mengajak rakyatnya menetap di situ. Mereka cepat pandai mengerjakan rumbia kerana sudah biasa memperolehi sagu palma pantu yang hampir serupa. Mereka pandai membuat makanan seperti linut dan tumpu daripada tepung.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas