Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pampasan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"...membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan harta benda..." adakah perkataan "berkenaan dengan" dalam ayat diatas jatuh dibawah kesalahan kategori frasa kerja tak transitif?Frasa "berkenaan dengan" adalah betul.Tatabahasa01.11.2013
Salam sejahtera Tuan, Wang yang diberikan kepada orang yang diminta berpindah ke tempat lain dipanggil apa? 'Wang pindah' atau 'pampasan untuk berpindah'?Sekian, terima kasih.Frasa yang boleh digunakan ialah wang pampasan untuk berpindah.Tatabahasa23.09.2013
Apakah maksud "mengganti bayar"? Contoh ayat:Bagaimanapun,tuntuntan bagi mengganti bayar ini hanya akan diterima jika kanak-kanak itu mempunyai harta bagi membayarnya.

Cadangan maksud yang sesuai berdasarkan contoh ayat yang diberikan ialah “pampasan”.

Makna28.04.2022
49. The Fund shall be administered in accordance with regulations made under this Act, and applied— (a) in recompensing Fire Officers for extra or special services rendered by them; 49. The Fund shall be administered in accordance with regulations made under this Act, and applied— (a) in recompensing Fire Officers for extra or special services rendered by them; 49. Kumpulan Wang hendaklah ditadbir mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan digunakan— (a) untuk memberi pampasan kepada Pegawai Bomba bagi perkhidmatan tambahan atau khas yang diberikan oleh mereka; Dalam teks BI di atas, apakah padanan yang sesuai bagi "recompensing"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "recompensing" ialah pampasan semula.Makna03.02.2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, saya mohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan yang sesuai bagi perkataan "relief" di dalam Bahasa Malaysia. Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai daripada perkataan Inggeris yang dimelayukan kepada "relief". Struktur ayat adalah seperti berikut: Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau RELIEF lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu “pampasan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain19.03.2024
Salam hormat. Saya Muhaimin Hamzah mewakili Kelab Penulisan Irbid (KPI), Jordan ingin meminta khidmat nasihat daripada pihak DBP berkaitan kerja-kerja penterjemahan karya. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami ingin menterjemah karya Ali Majod bertajuk 'The Pencil', yang pernah dijadikan silibus sastera Inggeris KBSM satu masa dulu, ke bahasa Arab. Ini adalah kerana kami melihat, garapan yang ringkas tetapi memukau oleh penulis (dan penterjemah bahasa Inggeris) mampu mengetengahkan persoalan yang penting: fasal menjatuhkan hukuman. Projek ini adalah usahasama dengan 'Malaysian Arabian Cultural Society' (MACS) yang bertekad membina jambatan budaya antara dua bangsa. Maka di sini ada beberapa persoalan: 1. Apakah prosedur sebenar untuk hak-hak legal dalam penterjemahan? 2. Adakah kami perlu membayar apa-apa pampasan? Karya terjemahan ini bukanlah untuk keuntungan tetapi lebih kepada siaraya. 3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan manuskrip asal 'Pensel Sebatang'? Di internet tiada fail yang berkenaan melainkan 'The Pencil' sahaja. Terima kasih. Muhaimin FB KPI: https://www.facebook.com/kelab.penulisan?fref=ts FB MACS: https://www.facebook.com/malaysianarabianculturalsocietyUntuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya.  Sila hubungi ITBM 03-41451800 atau PPM, Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506.Lain-lain31.10.2014

Kembali ke atas