Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll); ~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pen­diriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll); memancang 1. memacak pancang, mema­sang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkah­winan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll); terpancang 1. sudah dipancangkan, terca­cak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu; pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; pemancangan perihal atau perbuatan me­mancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : ; ~ bendera sj ikan laut, Parachaetodon ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : potongan kayu dll yg dipacakkan ke tanah utk menandakan sempadan, tempat menambat perahu dll. memancang 1 memasang pancang; memacakkan pancang: ~ tanah kebun. 2 tegak spt pancang: Tiang-tiang bendera ~ di kiri kanan jalan. memancangkan memacakkan pancang ke tanah: ~ tiang turus pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancang
Rujuk :pacak

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hati bagai baling-baling.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peg boardpapan pancangMatematikTiadaKepingan kecil yang berliang-liang dalam pola segi empat sama, dan pancang-pancang dimasukkan ke dalam liang-liang itu untuk digunakan sebagai papan paku atau papan pin.
ridge linegaris permatangGeologiTiadaGaris permatang: Garis cerun yang menghubungkan puncak-puncak melalui laluan-laluan atau pancang-pancang.
masuk pancangmasuk pancangKesenianTiadaKedudukan wau yang melayang tinggi yang dapat dikesan melalui pancang meter.
removal of bailangkat anak pancangSukanTiadaPengambilan anak pancang dari kayu pancang oleh pengadil apabila tamat permainan.
pancang meterpancang meterKesenianTiadaAlat untuk mengukur ketinggian wau yang dinaikkan.
quarter pegpancang sayap jalanKejuruteraanTiadaPancang yang dipacakkan di sesuku lebar jalan yang, bersama-sama dengan pancang tengah, menentukan permukaan jalan. [KA]
bowledmati balingSukanTiadaKeadaan apabila balingan yang menyebabkan kayu pancang atau anak pancang jatuh.
hatchet stakepancang beliungKesenianTiadaPancang yang bentuknya seperti bentuk beliung.
snow stakepancang saljiHidrologiTiadaPancang tetap yang bersenggat, digunakan di kawasan curahan salji untuk memudahkan pengukuran kedalaman salji. (WMO)
earth-grade stakepancang paras tanahKejuruteraan AutomotifTiadaPancang yang diletakkan sama dengan paras tanah dan digunakan dalam kaji ukur membuat jalan.
12345678910...

Kembali ke atas