Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cing] | ڤنچيڠ

Definisi : alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj per­mainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb per­buatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tuju­an utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg me­narik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diper­oleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk meman­cing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cing] | ڤنچيڠ

Definisi : 1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Duduk di tepi pantai,
     Tengok orang pancing selampai;
Jika tidak bunga di tangkai,
     Banyak kumbang hidup tak sampai.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Umpan habis pancing putus,
     punca terlepas daripada tangan.

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
running sinkerladung gerakPerikananTiadaPemberat yang dipasang pada tali pancing secara bebas. Tali pancing dimasukkan melalui ladung dan ia boleh menggelungsur. Semasa memancing, ladung gerak akan tersekat pada kili dan menyebabkan mata pancing jatuh ke bawah. Ladung ini digunakan untuk memancing ikan yang sensitif pada pemberat.
fly fishing linetali pancing layangPerikananTiadaTali pancing bersaiz besar yang agak berat tetapi berupaya terapung di atas air. Tali pancing layang digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau tasik. Ketebalan tali akan menghasilkan daya pemberat semasa lontaran ke lokasi sasaran. Sejarah awal tali pancing layang diperbuat daripada sutera, tetapi kini ia diperbuat daripada bahan filamen sintetik yang bergaris pusat antara 1.5 mm hingga 2 mm. Sinonim tali layang.
bimini twistpintalan biminiPerikananTiadaTeknik memintal tali pancing yang dilakukan secaraberulang kali, khususnya pada bahagian hujung tali pancing. Pintalan ini bertujuan untuk menguatkan tali pancing dan berfungsi sebagai penyerap hentakan bagi mengelakkan tali pancing terputus sekiranya terkena ikan yang kuat melawan. Pintalan ini biasanya digunakan untuk memancing ikan yang bersaiz besar di laut.
sinking linetali pancing tenggelamPerikananTiadaTali pancing yang direka supaya mudah tenggelam bagi membolehkan umpan serangga tiruan tenggelam. Tali pancing jenis ini tenggelam pada kadar yang berbeza mengikut jenis ikan yang dipancing.
sinking-tip linetali pancing separa tenggelamPerikananTiadaTali pancing yang boleh terapung keseluruhannya kecuali bahagian hujung tali yang dipasang dengan umpan serangga yang bersifat mudah tenggelam. Tali pancing jenis ini sesuai digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau di kawasan air tidak berarus. Jenis ikan yang menjadi tumpuan adalah daripada jenis yang agresif.
pole and linejoran dan pancingPerikananTiadaAlat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada joran, tali pancing dan mata kail. Contohnya, joran dan pancing digunakan untuk menangkap ikan pelagik yang hidup berkumpulan, seperti ikan tuna dan tenggiri.
freeliningpancing bebasPerikananTiadaKaedah memancing dengan melepaskan tali pancing secara bebas ke dalam air tanpa menggunakan pemberat. Melalui kaedah ini, mata kail diikat pada tali dan dilontarkan serta dibiarkan tenggelam secara graviti. Tali pancing bebas bergerak mengikut arus, namun kaedah ini hanya sesuai digunakan di kawasan air yang tenang.
stret peggingpancing berpelampung dasarPerikananTiadaKaedah memancing di kawasan air yang berarus dengan menggunakan pelampung yang dipasang pada tali pancing pada jarak 2 kali kedalaman air. Contohnya, jika kedalaman air 3 meter, panjang tali pancing hingga ke pelampung ialah 6 meter. Geguli yang berfungsi sebagai pemberat dipasang pada hujung tali perambut pada jarak 15 cm dari mata kail supaya kail terdampar di dasar sungai. Tali akan sentiasa tegang kerana adanya arus dan joran akan dienjut oleh pemancing bagi membolehkan mata kail bergerak perlahan-lahan ke hilir dan kemudian enjutan dihentikan pada lokasi yang dikehendaki.
shooting headkepala taliPerikananTiadaTali pancing layang yang lebih pendek dan agak berat di bahagian hadapan yang disambungkan pada tali pancing. Kepala tali digunakan untuk menambah jarak lontaran tali pancing.
fly patterngaya lemparPerikananTiadaCara membuat lemparan tali pancing yang dilakukan dalam kaedah pancing layang. Umpan boleh dilempar mengikut gaya tertentu bergantung pada jarak dan lokasi umpan yang jatuh ke dalam air. Sekiranya umpan hendak dilempar jauh daripada pemancing, lemparan perlu dilakukan secara mendatar. Umpan juga boleh dijatuhkan berhampiran pemancing yang dilakukan dengan cara melempar tinggi tali pancing dan kemudiannya menyentap sedikit tali ke arah pemancing. Antara gaya lempar yang biasa dilakukan ialah lempar perbetul, lempar libas dan lempar paracut. Lihat juga pancing layang, lempar perbetul, lempar libas, lempar paracut.
12345678910...

Kembali ke atas