Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cur] | ڤنچور

Definisi : bp pancuran; memancur keluar atau memancar (air dll); terpancur keluar memancur, terpancar: dibukanya paip dan air pun ~lah ke badan Kadir; pancuran 1. air yg keluar memancur: bunyi ~ air; 2. cerat, paip air; 3. saluran tempat air dll mengalir (memancur): mereka telah pulang dr ~ mengisi perian betungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cur] | ڤنچور

Definisi : 1 = pancuran hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. 2 = pancuran saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. 3 = pancuran paip air. 4 alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; sudu getah. memancur keluar mengalir ke bawah dgn derasnya; memancar ke luar: Dr mulut patung itu, ~ air yg jernih. memancurkan mengalirkan ke bawah; mencucurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancur
Kata Terbitan : memancur, terpancur, pancuran, pancut, memancut, memancutkan, terpancut, pancutan,

Puisi
 

Sudah ke pancur ke sungai pula,
     Singgah memetik pucuk gelang;
Sudah terlanjur dengan si dia,
     Sudah dapat disuruh pulang.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah perbezaan antara 'pancutan air' dengan 'pancuran air'? Bolehkah tuan/puan berikan penerangan yang lebih jelas? Terima kasih.Pancut dan pancur, kedua-duanya bermaksud air yang keluar, namun perbezaan yang dapat dilihat ialah pancut menerangkan air yang keluar dengan deras kerana tekanan. Maka, frasa "pancutan air" dan "pancuran air" mesti melihat kepada konsep sebenar yang dimaksudkan.Tatabahasa14.07.2014
Pei Ling SEL 2.04 PTG hi, good afternoon. im peiLing and i work for a signboard company in kuching. we would like to double check on ONE word for our signboard. WET RISER. in BM, is it PANCUR BASAH? thank you!Selamat Sejahtera, Cadangan kami "Penaik Basah".Lain-lain23.05.2017

Kembali ke atas